Monday, February 15, 2016

Pengamal media boleh didakwa bila OSA dipinda


Media memang berkuasa. Macam2 ada dalam medai sekarang ini. Namun yang paling  sakit  bila dibicarakan perkara rahsia. Kebocoran berlaku terutama rahsia kerajaan. Terlalu banyak kesan bila rahsia kerajaan bocor. Entah macam mana masa kini terlalu banyak perkara tersebar walaupun sebenarnya rahsia. Jika dihayati betul2 ternyata orang sekarang semakin tak ada sifat amanah. Ada kalangan media berlumba2 untuk siarkan berita rahsia itu.  Kononnya dapat skop. Akhbar atau blog laris dengan berita bocor ini. Tapi kenapa harus bangga dengan perkara begini? Nah!!! nampaknya elemen intergriti seolah2 tiada dalam jiwa mereka. Malahan, bagi mereka bila dapat bocorkan maklumat satu kebanggaan pulak!!!

Disebabkan kebocoran yang melampau ini, maka pindaan yang dicadangkan untuk OSA itu turut membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pengamal media.  Ini dikaitkan dengan pengamal media yang tidak bekerjasama untuk mendedahkan sumber.  Kononnya mereka menjaga etika kewartawanan.  Betulkah gitu? Sedang fungsi media itu untuk menyebarkan maklumat sahih dan benar. Jauhi sekali dari menimbulkan huru hara dan kemarahan rakyat.  Nah! sudah tiba masa OSA lebih tajam kukunya.  Memang perkara biasa faktor kebebasab itu lebih disukai.  Jadi #OSA itu jadi pembela  kebaikan dan kedamaian. #myhebat #ariahjudah

No comments:

Post a Comment