Monday, February 15, 2016

Impak rahsia bocor #OSA

Mari kita kongsi dalam blog #ariahjudah ini tentang #OSA.  Agak jarang OSA dibincangkan kecuali dalam hal2 tertentu. Cuma saya tertarik dengan OSA ini bila terbaca ada cadangan pindaan bakal dibuat. Nah suatu yang bagus tu. Memang saya tertanya2 kenapa masa kini terlalu banyak berlaku kebocoran rahsia rasmi negara? Apapun Jabatan Pegaum Negara perlu mengkategorikan jenis2 kesalahan erta hukuman yang dikenakan jika ingin mengkaji pindaan Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972 ini.  Untuk melancarkan pindaan itu kena dibuat pengkhususan terhadap jenis2 kesalahan yang dilakukan pada pindaan akta itu.  Ini bertujuan supaya rakyat tahu kesalahan bagaimana yang dimaksudkan.  Penjelasan perlu terang supaya rakyat tak mudah tergugat kefahamannya dengan dakyah2 tak sihat di luar sana itu.

Bagi saya secara peribadi sudah tiba masanya OSA dilihat semula taringnya. Hakikatnya memang pindaan OSA itu bertujuan positif. Ia untuk menegakkan keadilan serta menjaga kepentingan awam. Selain itu, ia juga menjaga keselamatan negaraa.  Dan sekali lagi saya tegaskan bahawa perlu ada klasifikasi pengkhususan kesalahan yang bagaimana dan apakah benyuk hukuman bagi kesalahan2 itu. Jadi harap2 dengan kemaskininya OSA itu nanti kebocoran rahsia rasmi kerajaan dapat dibendong. #myhebat #ariahjudah

No comments:

Post a Comment