Tuesday, February 16, 2016

Novel beradegan lucah terpilih jadi teks sastera


 Novel Pantai Kasih kekal menjadi teks sastera. Tu le keputusan Kementerian Pendidikan baru2 ini walaupun timbul kontrovesi. Mari kita story dalam blog ariahjudah ini. Memang diakui novel Pantai Kasih itu  mempunyai unsur lucah bila membaca petika ayat novel berkenaan. Bolehkah pelajar tingkatan empat menilai secara positif ayat2 itu? Sempatkah mereka kembali kepada realiti bahawa ayat2 erotik itu cuma cerita novel. Masalah pelajar masa kini ramai yang terjebak dengan aktivti lucah di awal usia disebabkan pendedahan dan kemudahan di media sosial.  Lainlah jika cigku sastera itu seorang yang betul2 komited menerangkan istilah yang lucah sebenarnya tak lucah. Jika tidak ada kemungkinan ada dalam kalangan pelajar itu nanti naik syok dan boleh menimbulkan huru hara jiwanya pulakkk. Jangan dah terantuk baru terngada tauuu.

Ayatnya bagaikan tidak dapat ditangguh lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya....terlucutlah sel daripada genetik "istimewa" milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha. Sel "istimewa" itu pula langsung berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha. Lalu terhasillah Zigot yang berubah sesuai dengan proses pembesaran dari bulan ke bulan... ayat dan kata-kata yang diguna penulis begitu halus tapi ada unsur erotik dan seks. Jika dihayati bagi orang muda terutama pelajar yang nafsunya mudah tergoda ayat2 dan perkataan berkenaan boleh menaikkan nafsu syawat mereka.  Apa lagi jika mereka diminta menghayati jalan cerita novel berkenaan. Memang bahaya sesetengah penyampaian mesej dalam novel ini.

Alasannya novel menggunakan istilah sains dan boleh mendidik pelajar tentang seks di awal usia bagaikan tidak boleh diterima akal. Pelajar masa kini dah banyak tau. Logiknya tidakkan mau mengajar pelajar tentang sains hanya melalui istilah.  Sedangkan istilah dalam novel ini tidak dinyatakan secara eksplisit. Sebaliknya penulis mengungkapkan istilah itu dalam gaya penulisan sastera yang mengandungi banyak kiasan dan perlambangan. Walaupun cikgu sastera itu mahir dengan bahasa2 kiasan dan pihak Kementerian Pendidikan mau pelajar meningkatkan kemahiran berfikir secara aras tinggi tetapi bahasa sastera ini suatu yang unik dan pengertiannya berkembang. Nah! tentunya pelajar akan tergelincir dari landaran fikiran logik kerana dikuasai oleh bahasa emosi yang mungkin dipengaruhi nafsu remaja mereka. 

Cuma saya pun kurang pasti apakah pengajaran novel ini yang paling ketara sehingga pihak kementerian pertahankan walaupun timbul kontrovesi. Kehebatan mesej yang manakah menyebabkan mereka begitu teruja menggunakannya sebagai teks sekolah. 

Saya setuju dengan pendapat Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyatakan karya2 baik dan bermutu kurang mendapat tempat dalam pemilihan buku teks kajian sastera sejak akhir2 ini. Hakikatnya pihak berkuasa boleh lantik penal khas dari kalangan cendekiawan untuk menilai buku2 yang nilai sasteranya tinggi yang boleh menjadi tatapan pelajar. Katanya, banyak lagi karya bersih dan tiada cacat celahnya tapi tidak terpilih. Dan ini menimbulkan beberapa persoalan. Kenapa dan mengapa ye?

Tiada niat untuk menghalang poon cuma catatan dalam blog ariahjudah. Kata orang keputusan dah dibuat. Tepuk le dada tanya le akal. Jika masih ada yang kurang selesa maka faham2 saja le. Jangan sampai ada yang mengambil kesempatan di dalam kekalutan mereka itu ok.

No comments:

Post a Comment