Monday, February 15, 2016

Garis panduan masuk Istana Budaya


Terbayang2 lagi sukanya hati bila mula2 melangkah masuk ke panggung Istana Budaya (IB) lebih 10 tahun yang lalu. Aduiii kenangan. Kukongsi dalam blog ariahjudah ini. Betapa gahnya diri punya IB yang setaraf dengan Opera House di Australia. Bangga betul. Tak sangka ketika melawat Opera House suatu ketika dulu di Malaysia akan wujud panggung seni seumpama itu. Tahniah kepada penggerak waja Istana Budaya sehingga wujudkan IB yang amat membanggakan itu. Datuk Norliza Rofli antara yang bekerja kuat untuk mewujudkan Istana Budaya.

Terkini - para penonton setia di Istana Budaya akan dapat menyaksikan pementasan Zombie La La La pada 13 hingga 21 Februari 2016. Tajuk lain macam saja ni tapi harap ceritanya menarik. Biasa le Zombie ini dikaitkan dengan hantu le ye. Kononnya teater ini menyisahkan ketua2 Zombie dari Thailand, Indonesia, China, Mesir dan Amerika Syarikat yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari formula mengembalikan kecantikan dan ketampanan diri masing2. Amboiiii Zombie antarabangsa seolah2 bersidang di Malaysia pulakkk. Tema teater ini komedi.

Istana Budaya ini mempuyai etikanya tersendiri demi menjaga imejnya.  Para penonton perlu ingat pemakaian seluar jean lusuh atau koyak tidak dibenarkan ketika menonton teater. Ketua Pengarah IB menyatakan juga perkara2 lain tidak dibenarkan, iaitu :
menyarung kemeja T tidak berkolar,
seluar pendek
pakaian menjolok mata
pakaian sukan
selipar,
dilarang makan minum
membuang sampah
penggunaantelefon bimbit
dan merakam aksi pementasan.
Pasti bising pun tidak boleh Ok.

Selamat berkunjung ke Istana Budaya. Pentasnya bertaraf dunia dan imejnya cantik. Melangkah masuk ke dalam Ib membakar semangat untuk menyokong aktiviti seni budaya bangsa di negara tercinta ini. #ariahjudah #myhebat


No comments:

Post a Comment