Wednesday, February 3, 2016

Ajaran Millah Abraham 2


Lewat petang begini mari kita  jenguk2 di blog #ariahjudah ini  mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan 16 individu dewasa berumur lingkungan 30-an hingga 50-an. Mereka terdiri daripada 11 lelaki dan lima(5)  wanita serta tujuh(7)  kanak-kanak yang  dipercayai terlibat dalam aktiviti ajaran sesat dikenali sebagai Millah Abraham.

Secara peribadi saya tidak tahu tentang kumpulan berkenaan.  Malah rasa terkejut kerana pihak JAWI tiba2 membuat tangkapan di  kawasan yang itu. Mungkin inilah hasil risikan yang sentiasa bergerak di seluruh negara.


Menurut maklumat yang boleh dipercayai pihak JAWI membuat serbuan jam 9.30 malam itu. Pasukan penguat kuasa Jawi yang dianggotai kira-kira 30 orang dan enam(6) anggota polis menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan lokasi penyebaran ajaran sesat tersebut di Pusat Perniagaan Megan Phoenix, Cheras di sini.Kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Jawi untuk pemeriksaan lanjut,

Ajaran sesat Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang menggunakan nama lain selepas diharamkan di Malaysia. Pihak JAWI  tidak menolak masih terdapat ahli kumpulan ajaran ini dan akan terus menjalankan siasatan bagi mengesan ahli kumpulan ini. Ketika serbuan dilakukan, kesemua mereka sedang leka mendengar ceramah dalam sebuah klas yang dikendalikan seorang individu.


No comments:

Post a Comment