Wednesday, October 28, 2015

Air kangen



Assalamualaikum semua... Air Kangen memulakan pergerakan usus saya hari ini. Air bagai ada keajaiban.  Memang berbaloi minum Air Kangen. Kualiti air ini memang tak dapat dipertikaikan. Kumpulan molikulnya amat kecil berbanding dengan air yang ditapis oleh mesin2 lain yang ada di pasaran. Kualitinya terbaik . Saya dah minum secara rutin Air Kangen ini dah sebulan.  Terasa perbezaan dalam diri saya.  Disebabkan kebaikan itu saya berkongsi dengan kekawan dan keluarga. Syukurlah ada juga yang sedar betapa kebersihan dan manfaat air untuk kehidupan itu perlu diutamakan.

Lalu pagi ini saya cuba membantu mengurus salinan kad pengenalan adik ipar. Moga segala urusan untuk pembelian mesin Air Kangen itu berjalan lancar. Adik Sarina Haji Mohamad Derus bersama suami ingin memiliki mesin air yang berkualiti tinggi itu.  Sebelum ini dia telah  minum di rumah saya dan saya bekalkan Air Kangen untuk dia bawa pulang ke Pahang. Alhamdulilah air yang mesinnya dicipta oleh orang Jepun itu memberi kesan yang positif untuk anaknya yang kebetulan bermasalah kulit.  Moga Izzati akan sembuh sepenuhnya nanti bila mesin Air Kangen telah berada dalam rumah.

No comments:

Post a Comment