Tuesday, October 27, 2015

Lepas sekolah Cina tak fasih berbahasa Melayu


Benarkah berlaku fenomena ini? Wajarkah gini jadinya? Kenapa perlu berlaku macam ini? Adakah udang di balik mee.  Siapa yang boleh menjawab persoalan betulkah mereka yang lepasan sekolah Cina tak fasih berbahasa Melayu.  Aduiii amat rugi le jika begitu jadinya. Malahan yang lebih menyedikan lagi kononnya pelajar dalam  aliran berkenaan agak kurang semangat kebangsaannya. Kenapa jadi begitu???? Rugilah negara punyai rakyat yang jati diri untuk negaranya lompang.  Ada juga sesetengah pihak berpendapat bahawa fenomena ini boleh menghalang perpaduan kaum. Negara ini dah diterima hidup dalam kumpulan pelbagai kaum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya semua kaum bersedia dan redha menerima Bahasa Melayu itu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Namun apa yang berlaku indah khabar dari rupa.

Mungkin disebabkan itu le agaknya sudah banyak kali kedengaran suara yang menggesa Kerajaan menutup sekolah Cina.Sebenarnya tiada masalah kaum lain seperti orang Melayu belajar di sekolah Cina.  Ramai anak kawan-kawan yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya walaupun ketika sekolah rendah bersekolah Cina. Mereka tetap fasih berbahasa Melayu kerana di rumah mereka menggunakan bahasa itu sebagai perhubungan.

Sewajarnya tidak menjadi kesalahan untuk mengembangkan budaya warisan di negara ini termasuklah bahasa ibunda. Bahasa ibunda tetap terpelihara jika terus digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam keluarga. Namun masalahnya kini disebabkan terlalu fanatik dengan bahasa ibunda menyebabkan timbul masalah tak fasih berbahasa Melayu. Mungkin juga mereka yang berkenaan lebih utama bahasa Inggeris. Kononnya, bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa gitu. Malahan ada cukup bangga dengan bahasa orang putih itu dan sebaliknya berasa malu jika cakap bahasa Melayu.  Aduhaiiiii


No comments:

Post a Comment