Friday, April 24, 2015

Hubungan terlarang


 Hari keempat kempen PRKRompin.

Assalamualaikum. Salam Hari Sabtu. Agak berat untuk bercerita sedikit pengalaman. Kukutip cerita ini ketika bertugas  PRKRompin.  Aku perlu kuat demi pengajaran.  Nah, mari kita kongsi di blog ariahjudah ini tentang sebuah perjalanan. Bukan mudah untuk dikongsikan kerana melibatkan imej. Imej emak dan maruah bapa di mata seorang anak.

Seorang anak teruna begitu marah dengan emaknya. Bagaikan ada dendam yang tak terungkai. Dia begitu setia dan kasih dengan bapanya. Bapa seorang yang kuat bekerja. Membina empayar perniagaan demi anak dan isteri. Demi kesenangan keluarganya. Anak cuma dua orang, seorang perempuan dan seorang lelaki. Bapanya keturunan bangsawan dengan gelaran Raja di pangkal nama. Sebagai anak lelaki dia pun membawa gelaran itu.  

Emaknya seorang yang tak kenang budi. Emaknya macam tak hormat suami. Suami keluar pintu depan, dia keluar pintu belakang. Memang dia seorang isteri yang cantik dan bergaya. Sentiasa lemah lembut dan senyum di depan suaminya. Yang paling bertuah daripada orang gaji diambil menjadi isteri. Apa lagi yang dia mauuu???? Segala perbuatannya tak dapat dihidu sang suami. Dia mendapat sepenuh kasih sayang dan kepercayaan dari suaminya.  Cuma pada suatu hari anak lelaki itu ternampak perbuatan terkutuk emaknya di dalam bilik tidur. Mulai insiden itu si anak teruna hilang hormat, hilang kasih dan sayang serta hilang kepercayaan terhadap emaknya.  Segalanya bertukar benci dan marah gilerrr. Dia juga bagaikan benci wanita dalam ketika tertentu. Bagai terkena badi.

Benci dan marah berpanjangan sehingga hari perkahwinannya pun cuma dibincangkan dengan si ayah. Dia tak rela berkongsi hari bahagia dengan emak yang banyak menipu ayahnya.  Mulanya ayahnya tertanya2 tetapi bila si anak lelaki itu berterus terang akan kehidupan emaknya selama ini barulah terungkai segala persoalan.  Perasaan benci dan marah lelaki itu terbawa2 bila bersama isteri tercintanya sehingga malam pertama mereka tak dinikmati. Mujur le dia mendapat isteri yang sabar dan akhlaknya terbaikkk. Yang baik dibalas baik dan yang jahat akan terima padahnya. Akhirnya si anak bahagia dengan isterinya dan emaknya diceraikan dengan bekalan sedikit harta. Ayahnya berkahwin dengan seorang janda berhati mulia dan berhijrah tinggal di kampung. Rumah besar ditinggalkan di bandar.

Banyak pengajaran yang dapat diambil dari cerita ini. Kehidupan ini ibarat roda.  Sentiasa beralih seperti malam dan siang. Cuma yang paling utama pegangan agama kena kuat dan sentiasa ingat kepada Allah swt. #PRKRompin #kasutku #Pegawaipenerangan #PRO



No comments:

Post a Comment