Friday, April 24, 2015

Bank abis duit


Kadang2 ada baiknya sesebuah kawasan atau DUN misalnya mengadakan pilihanraya. Masa ini ramai petugas akan turun. Masa ini juga perniagaan akan laris.  Gerai2 sentiasa penuh. Petugas perlu makan dan minum. Jadi tak hairannya bank pun abis duit.  Inilah berlaku di Rompin sekarang.  5 Mei pilihanraya kecil. Jadi aku bersama kekawan dari ibu pejabat pun diarah bertugas. Kini dah tiba waktu untuk ke bank. Aku nak kirim duit untuk emak di kampung. Walaupun bertugas  PRK tapi tetap diutamakan bagi belanja untuk emak. Aku dah dua kali pegi bank. Semalam dan hari ini. Begitu ramai orang berbaris di kaunter ATM Maybank. Aku tak jadi ikut baris. Barisan terlalu panjang. Penat. Malas pun ada. Kebetulan kawan join baris. Sayangnya belum separuh barisan duit dah abisssss. Harap2 bank masukkan duit di ATM le

No comments:

Post a Comment