Thursday, April 23, 2015

Felda Keratong 4



Hari keempat di Rompin

Assalamualaikum  dan salam bahagia semuanya. Hari ini dikongsikan dalam blog ariahjudah tentang lawatan lokasi ke Felda Keratong 4.  Perjalanan agak jauh. Kira-kira 75 kilometer dari Pekan Rompin. Cantik pemandangannya. Hijau sekeliling. Alam semulajadi belum tercemar. Sesekali matanya terlelap. Dalam perjalanan saya membaca novel bertajuk Chinta. Best cerita novel cinta itu.

Tak sabar nak tiba Felda Keratong yang terkenal itu. Calon PAS pun dari Felda Keratong 4. Dalam rancak bercerita kami terlepas simpang masuk ke kawasan felda itu. Felda memang terkenal dengan pintu gerbang. Kami berpatah balik dan menuju ke pintu gerbang agak unik itu. Kami singgah solat di masjid Felda Keratong.  Besar masjid itu. Seronok pandangan mata kerana kebanyakan rumah di Felda Keratong tersergam indah. Rumah banglo dengan cat yang amat menarik. Mewahnya mereka hidup di felda.  Bagi yang rajin kumpul dan berjimat boleh hidup senang. Bunga kertas banyak di felda.  Macam2 bunga ada ditanam untuk menghias kawasan rumah.#kasutku #prkrompin #rompin

No comments:

Post a Comment