Thursday, April 23, 2015

Caj hotel dan restoran - GST

Hari kelima..

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Blog ariahjudah ingin cerita sikit tentang caj perkhidmatan yang dikenakan kepada industri hotel dan restoran.  Hotel dan restoran pun jadi kalut dengan adanya GST. Kononnya membebankan.  Ramai bising sebab dikenakan caj semasa menginap dan makan di restoran.  Perkara ini rancak dibincangkan dengan adanya GST. Susah jugak nak cakap sebab sebelum GST ini orang ramai diam saja bila kena caj.  Sebelum GST caj untuk SST dan service tax telah dikuti dan hasilnya memang banyak .  Adakah hasil ini digunakan seperti sepatutnya???

Bercakap tentang caj perkhidmatan ini, berita baik untuk pengusaha hotel dan restoran kerana kerajaan membenarkan caj itu dikekal. Tersenyum lebar le para pengusaha kita. Cuma kena ingat kebenaran itu hendaklah dalam kadar anggaran 10%.  Keputusannya dikhabarkan diperolehi setelah perbincangan diadakan bersama 18 pihak kesatuan dan persatuan restoran, hotel, francis serta beberapa agensi kerajaan.

Antara yang hadir ialah Kesatuan Pemilik Hotel Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia, Kongres Kesatuann Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan2 Pengguna Malaysia (FOMCA). Ia diumumkan pada 22 April 2015. 

Diharapkan dengan kekalnya caj itu, pihak hotel dan restoran tiada sebab untuk menaikkan harga macam nak rak disebabkan GST. Prihatin le kepada pengguna ye.  Bukan semua pengguna atau rakyat negara ini mampu bayar kos yang mahal.#GST #PRKRompin #Rompin #kasutku

No comments:

Post a Comment