Monday, March 16, 2015

Festival Kasut Antarabangsa 2015




Memang saya tunggu musim Festival Kasut Antarabangsa 2015.  Mau membeli kasut idaman kononnya. Kasut itu amat selesa dipakai. Tak sabar nak tengok rekaan terbaru Jimmy Choo misalnya. Tahun lalu pun saya datang ke tapak festival di PWTC. Beli beberapa pasang kasut.  Semua kasut itu amat selesa dipakai.  Nah pastinya teringin untuk beli jenama yang sama.

Sejak Jumaat 13 Mac itu lagi hati terpanggil untuk berkunjung ke festival itu.  Begitu juga dengan hari Sabtu 14 Mac tapi disebabkan banyak jemputan kenduri niat tak kesampaian.  Hari Ahad tekad dah bulat untuk ke lokasi selepas menghadiri kenduri kahwin di Cheras. Impian terlaksanakan kerana kami - empat orang akhirnya berada di tapak festival kasut itu.

Tidak sabar ke gerai kasut idamanku - fiorucci.  Saya mula memakai sejak tahun lalu.  Harga pun boleh tahan juga. Dalam kategori sederhana mahal. Tapi ketika festival itu boleh dapat diskaun sehingga 80 peratus. Saya seribu kali sayang saya tidak ada rezeki untuk membeli jenama fiorucci kali ini kerana tiada saiz. Namun tetap bersyukur kerana ada saiz dan hargapun dalam bajet saya untuk kasut/sandel Snowfly dan Amori.

No comments:

Post a Comment