Tuesday, March 3, 2015

Bersihkan cat di pakaian



Mari kita kongsi petua ini...

Ada ketikanya bila pakaian terkena cat kita jadi panik dan bimbang terutama jika pakaian itu baru dan mahal.  Ini disebabkan cat yang terkena dengan pakaian biasanya bukan mudah untuk hilang. Namun, kini jangan risau kerana ada cara untuk menghilangkan kesan berkenaan.

Langkah pertama, rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam. Kemudian, basuh menggunakan sabun dan bilas seperti biasa. Untuk wangi gunalah sabun mandi atau pelembab wangi.

No comments:

Post a Comment