Wednesday, March 4, 2015

Bayar cukai guna kad kredit



Ada pendapat bayar cukai pendapatan guna kad kredit tidak sesuai kerana ia akan menyebabkan berhutang berterusan. Dengan kata lain tindakan itu menambahkan hutang atau mencetuskan masalah hutang berganda kepada isi rumah.   Malahan ada yang menyatakan tindakan itu bagai gali lubang tutup lubang seperti lagi Salleh Yaakob.  Penerimaan bayaran menggunakan kad kredit  adalah sebagai kaedah baru untuk kemudahaan pembayar cukai pendapatan. Lagipun, jika penggunaaan kad kredit digunakan dengan betul tentunya tidak mendatangkan kesan yang negatif. Dan, kerajaan dicadangkan mencuba kaedah ini selama dua tahun bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya. Jika dilihat sekali imbas pembayaran menggunakan kad kredit ini memang memudahkan pembayar cukai. 

Namun, adalah ditakuti dengan penggunaan kad kredit ini menyebabkan jumlah orang muflis kian bertambah.  Sikap masyarakat yang kurang bijak berbelanja menggunakan kad kredit ini mengakibatkan jumlah individu muflis meningkat. Ini dapat dibuktikan sejak tahun 2007 hingga 2013 seramai 135,000 orang diisytiharkan muflis. Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini.  Angka ini memang membimbangkan kerana boleh menjelaskan kualiti kehidupan.

No comments:

Post a Comment