Monday, February 23, 2015

Sudirman tak ada pengganti




Hanya seorang penghibur tersohor yang lahir sebagai Sudirman Haji Arshad.  Harap tiada yang bermimpi walaupun sedetik bahawa kewujudannya ada sedikit menyamai penyanyi itu.  Ternyata sehingga kini masih belum ada pengganti Sudirman Haji Arshad  walaupun lebih 20 tahun beliau telah pulang ke rahmatullah. Allahyarham dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 akibat komplikasi penyakit radang  paru-paru. Walaupun sudah 23 tahun beliau tiada tapi bagai baru saja berlalu. Kewujudan Sudirman Haji Arshad dalam dunia seni ternyata punya keistimewaannya tersendiri. Beliau seorang yang unik. Bakat yang luar biasa. Tiada siapa pun yang boleh menggantikannya sebagai penghibur Nombor 1 Asia. Masa kini memang ada penghibur yang digelar nombor satu jugak tapi semuanya itu tidak setanding dengan Datuk Sudirman Haji Arshad.

No comments:

Post a Comment