Monday, February 23, 2015

Tiket Laluan Jahanam



Naluri songsang seorang gadis yang bercinta dengan kaum sejenis sampai ke tahap kronik apabila merancang untuk berkahwin di luar negara. Seperti dilaporkan oleh akhbar Harian Metro baru-baru ini, Ryn 28, mendakwa cenderung kepada wanita berperwatakan lelaki selepas dikeciwakan dengan cinta seorang pemuda.  Kekeciwaan itu menyebabkan gadis itu menempah laluan jahanam kerana cintanya beralih kepada seorang pengkid. 

Kenapa begitu mudah keciwa dengan cinta tak kesampaian? Bukan seorang lelaki tulin dalam dunia ini sehingga sanggup menjalinkan hubungan songsang atau menempah tiket laluan jahanam. Hubungan yang dimurkai Tuhan. Ryn begitu dalam cintanya dengan pengkid yang kononnya mereka berazam untuk hidup bersama sebagai suami isteri.  Subahaan allah...

Tindakan pihak berkenaan seperti jabatan agama Islam dan golongan ibu bapa amat penting dalam membendung perkara begini.  Hubungan songsang memang dilarang. Perkahwinan kaum sejenis tidak dibenarkan seperti di negara-negara barat.

No comments:

Post a Comment