Monday, February 23, 2015

Makam berusia 779 tahun digali semula



Ternyata usaha untuk operasi menggali semula makam datuk khalifah Islam berjaya dilaksanakan. Mereka begitu memperjuangkan dan mementingkan peninggalan sejarah. Beratus-ratus askar Turki menyeberang sempadan di Utara Syria dengan kereta kebal bagi menyelamat makam bersejarah peninggalan empayar Islam Uthmaniyah. Makam yang berusia 779 tahun itu dikepung oleh kumpulan militan Islamic State (IS).

Menurut satu kenyataan, seorang tentera terbunuh dalam satu kemalangan semasa operasi menyelamat berkenaan dijalankan. Dia terkorban pada peringkat awal operasi tetapi tiada pertempuran berlaku.

Makam Suleyman Shah yang merupakan datuk kepada pengasas empayar Islam Uthmaniyyah, Sultan Osman 1, terletak dalam wilayah kecil milik Turki seluas 6.3 hektar yang berada di tebing Sungai Euphrate, kira2 30 kilometer dari bandar Kobane, Syria.

Makam itu berjaya dibawa pulang ke Turki. Jenazah Suleyman Shah akan dikebumikan semula di lokasi lain di Syria yang juga akan menjadi milik Ankara. Makam dan kawasan sekitarnya dianggap sebagai wilayah Turki di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1920 menjelang keruntuhan empayar Uthmaniyah.

Empayar Uthmaniyah adalah institusi khalifah terakhir Islam yang bertahan selama 624 tahun sebelum kejatuhannya pada tahun 1923. 


No comments:

Post a Comment