Monday, February 23, 2015

FOSIL 200 juta tahun ditemui di Jerantut






 FOSIL FOSIL FOSIL tiba-tiba menjadi hebat dalam dunia komunikasi. Saya pun tertanya2 tentang fosil ituuuu

Jerantut mencipta sejarahnya tersendiri apabila fosil tumbuhan dari zaman jura berusia antara 200 juta hingga 146 juta tahun ditemui di daerah itu.  Penemuan spesies fosil yang pertama kalinya itu ditemui di cerun potongan bukit.  Fosil itu ditemui oleh Pegawai Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kelantan, Ahmad Rosli Osman. Sebelum ini fosil zaman jura ditemui di Itali. Australia, Argentina, Indonesia dan India.

Fosil berkenaan dalam bentuk serpihan daun, batang dan ranting, pada permukaan lapisan batuan, semuanya sudah pupus pada masa ini dan yang tinggal hanyalah susur galurnya, iaitu paku pakis serta cycad (benih tumbuhan dalam ciri berkayu atau daun yang keras). Penemuan ini memberi kesan positif terutama dalam bidang penyelidikan fosil dan secara tidak langsung dapat menarik ramai pakar untuk membuat rujukan.

Penemuan ini membuktikan Malaysia sebuah negara yang  kaya dengan fosil dari pelbagai usia geologi bukan sahaja tumbuhan tetapi cengkerang, brakiopod (sejenis siput mempunyai kulit keras), jejak dan gigi dinasour, yang seharus menjadi kebanggaan rakyat. 

Mungkin ada yang kurang faham dengan penemuan fosil ini.  Hakikatnya kewujudan fosil ini memberi gambaran yang cukup indah tentang kemewahan negara ini. Banyak nilai sejarah yang kita miliki. Bagi mendekatkan masyarakat dengan kemewahan alam ini adalah wajar dibangunkan muzium semulajadi khas untuk fosil seperti yang dilaksanakan di luar negara. 

Penemuan bahan sejarah ini berlaku secara kebetulan dengan misi khas mencari fosil dinosaur di sekitar Jerantut, Kuala Tahan, Pulau Tawar dan Kota Gelanggi. Tidak hairan dengan penemuan demi penemuan bahan2 bersejarah menjadi daya tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment