Sunday, January 4, 2015

Selatan Australia terbakar!!!!


 Bencana Air dan Api - kecil kawan bila besar lawan


Beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar. Beribu-ribu rumah rosak dan musnah. Mangsa dah kering air matanya. Hati mereka remuk bila balik ke rumah, rumah tak hilang dibawa arus.  Berlainan dengan bencana di Selatan Australia apabila berpuluh rumah musnah kerana kebakaran besar. Segalanya dugaan.

Lebih 30 buah rumah musnah dalam kebakaran hutan di Australia Selatan.  Beribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing2 kerana kebakaran  hutan yang sukar dibendung.  Mereka juga menerima amaran ia boleh mengancam nyawa walaupun keadaan cuaca bertambah baik. Berita ini dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian.

Perkhidmatan bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran bermula Jumaat lalu di Sampson Flat di Mount Lofty Ranges, timur Adelaide.

"Saya mengesahkan 12 rumah telah musnah dan 20 lagi dikhuatiri turut musnah," menurut Perdana Menteri Australia Selatan, Jay Weatherill.

Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran bertambah baik di mana suhu panas semakin berkurangan dan keadaan cuaca juga membolehkan api dipadamkan dari udara.

Ratusan anggota bomba dari Victoria dan New South Wales dikerah untuk membantu pasukan di bahagian Australia Selatan, sekali gus menjadikan jumlah anggota penyelamat yang terlibat lebih 800 orang.

Ada dinyatakan bahawa  lebih 11,000 hektar telah musnah terbakar di Adelaide Hills. Ia merupakan penempatan bagi kira-kira 40,000 orang dan merupakan sebuah kampung terkenal dengan hasil pertanian serta

No comments:

Post a Comment