Sunday, January 4, 2015

Gelora dan tenang Ariah Judah



Assalamualaikum. Selamat hari Isnin. Moga semuanya sihat dan bahagia. Tempoh le hari2 mendatang ini penuh sabar dan tenang. Ariah Judah masih ada di sini berkongsi ingatan dan catatan.

Terima kasih pada-Mu Kekasih kerana masih bagi kesempatan ini. Betapa bertuahnya aku, seorang Ariah Judah. Maafkan aku ya Allah. Aku amat kerdil di sisi-Mu.

Pagi begini aku tiba2 hiba. Sedih. Tersentuh. Terkenang kisah2 indah. Ingatan menerpah ketika pada zaman mula2 kerja di Jabatan Penerangan. Ramai2 rakan ketika itu telah lama tak jumpa. Malahan ada yang telah dan nak bersara. Terasa begitu cepat masa berlalu. Aku tau dah lama bekerja walaupun terasa sekejap masanya. Amat banyak kenangan di Jabatan Penerangan. Suka dan duka tindih menindih.

Masa lalu aku tetap ingat. Terima kasih sebanyaknya kepada Jabatan Penerangan. Bermula dari kosong kini  tau dan fahamku kian matang, betapa pentingnya komunikasi bersemuka. Aku dulu pendiam dan pemalu tanpa sedar aku jadi peramah. Masih sifat malu ada tapi pura2 tak malu. Aduiiiiii aku rinduuuuuuu


No comments:

Post a Comment