Tuesday, January 20, 2015

Restoran Line Clear ditutup sebab berkelahi



Mula2 berkunjung ke Pulau Pinang saya langsung tak tau tentang Line Clear. Ramai kekawan sebut tapi saya buat bodoh saja. Sangkaan awal bukan tempat makan. Bila ada kekawan ajak makan kat situ baru le tau rupa2nya restoran nasi kandar. Bagi saya masakannya tak le terlalu sedap. Boleh tahan le

Tersebar kini Restoran Line Clear disita oleh MPPP - Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru-baru ini. Kenapa pulak disita tiba2.  Dalam akhbar ditulis  mereka berkelahi untuk berniaga. Ada dinyatakan pengusaha menjalankan perniagaan tanpa lesen yang tahun ini. Selain itu, kononnya tidak ikut giliran berniaga seperti yang ditentukan kerana lesan dikeluarkan atas nama orang-orang berkenaan saja. Nah disebabkan berkelahi Restoran Line Clear yang popular itu ditutup.  Bilakah akan selesai perkara ini?  Tunggu dan lihat saja le ye

No comments:

Post a Comment