Tuesday, January 20, 2015

Nasi Kandar Line Clear Disita



Tak sah ke Pulau Pinang jika tak berkunjung ke Line Clear. Restoran nasi kandar popular Line Clear disita Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dalam satu serbuan mengejut semalam selepas beroperasi tanpa lesen berikutan kegagalan pewaris kedai itu menyelesaikan isu sistem penggiliran pelesenan. Kenapa jadi cam tu ye?

Restoran Line Clear ada sejarahnya tersendiri. Begitu lama beroperasi  tiba2 disita.  Mujur le Bahagian Perhubungan Korporat MPPP menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan kerana pengusaha restoran di lorong Jalan Penang itu didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.  Malahan kononnya pengusaha ingkar arahan mengosongkan premis tersebut seperti yang diarahkan sebelum ini.

Harap2 ada le penyelesaian ye.  Pelanggan Line Clear ini amat ramai. Saya sesekali makan juga kat sini. Cuma yang tak bestnya ketika makan tu ada ketikanya Mak Iti berlarian. Jai geli pulak!!!

“Adalah dimaklumkan bahawa Majlis (MPPP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan di Restoran Line Clear pada 19 Januari 2015. Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015 daripada MPPP. Tindakan ini selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja 1979.

“Majlis telah mengeluarkan lesen kepada pengusaha baharu mengikut keputusan yang dibuat oleh Majlis pada 8 Oktober 2014,” jelas MPPP menerusi satu ke­nyataan 

No comments:

Post a Comment