Thursday, January 1, 2015

Rahsia minyak zaiton



Siri 2


Alam dan kehidupan dipenuhi dengan rahsia yang amat banyak. Kesabaran, ketekunan dan kesungguhan sahaja yang mampu untuk menyingkapnya. Manusia dan tumbuh2an  begitu dekat . Keakrabannya bagai isi dengan kuku.  Banyak rahsia yang boleh dikongsikan bersama demi kebahagiaan manusia itu sendiri. Sebagai contoh minyak zaiton yang terkenal dengan khasiat yang begitu menakjubkan. Mari kita hayati rahsia minyak zaiton sehimbas lalu. Moga ada manfaatnya.

Kajian yang telah dilaksanakan ada menyatakan perkara berikut:

i. Minyak zaitun  dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan yang menyebabkan terjadinya pembekuan darah,. 

ii. Ia  mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung.

iii. Minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) ( sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik).

iv. Mengandungi anti-oksida yang bertindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. 

v.   Melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada        muka selam 15 minit. 

vi. Melambatkan uban.

vii. Melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment