Rakyat seronok dan bahagia bila harga minyak turun sekali lagi pada 1 Januari yang lalu. Tahun baru 2015 disambut dengan seronok kerana penurunan berkenaan. Siapa tau pemilik 3,500 stesen minyak resah harga minyak jatuh.
Kasian jugak mereka. Mereka bimbang kerana boleh jatuh bankrap jika penurunan harga runcit minyak berterusan .Penurunan harga runcit petrol RON95 dan RON97 sebanyak 35 sen
seliter pada 1 Januari lalu memberi tamparan hebat terhadap para pengusaha
stesen minyak apabila mereka mendakwa terpaksa menanggung kerugian yang
besar.
Lebih membimbangkan lagi, jika harga petrol terus turun, ramai pengusaha
stesen minyak terpaksa gulung tikar. Apakah andaian begini akan berlaku?
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim
Othman (gambar kecil) berkata, pihaknya menganggarkan sebuah stesen minyak
mengalami kerugian antara RM20,000 hingga RM100,000 apabila berlaku penurunan
harga runcit petrol.
Menurutnya, kerugian tersebut berlaku apabila stesen minyak terpaksa menjual
harga petrol yang rendah mengikut pasara
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3NpsRq420
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment