Wednesday, January 7, 2015

Bilik Gerakan Banjir JaPen





Tak dirancang. Memang tak ada perbincangan awal. Segalanya di saat2 akhir. Bilik Gerakan Banjir mula dibuka pada 27 Disember 2014. Ia untuk menyelaras dan memantau laporan banjir dari negeri2 - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan Johor.  Bencana banjir luar biasa 

Aku resah dan risau apabila pada hari Jumaat menerima mesej dan panggilan daripada TKP tentang banjir. Memang tak senang duduk. Bagai kata pepatah dicubit paha kiri terasa sakit paha kanan. Tengok muka suami aku rasa bersalah.  Kami telah awal berbincang sebab itu aku cuti.  Ada program keluarga.  Cuti pun  dah diluluskan oleh bos.  Bos jugak bercuti. Aduhhhhh

Aku berhubung dengan Encik Erwin. Terima kasih dear Erwin. Tindakan cepat dan pantas. Kami bersetuju untuk wujudkan pasukan petugas banjir. Sebelum itu memang ada pasukan untuk buat laporan banjir. Maka tertubuh le Bilik Gerakan Banjir -. Operasi Bilik Gerakan Banjir bermula secara  sebenarnya pada 29 Disember 2014, iaitu setelah ramai kembali bertugas. Kebetulan cuti dibekukan.  Cuma bos dan beberapa rakan setugas terus bercuti sehingga awal tahun.

Terima kasih banyak2 kepada semua petugas Bilik Gerakan Banjir . Encik Dan, Atan, Hazli, Ms Leong, Sakimin, Haji, Rizal, Kak Nor, Jana, Jazlina, Waty, Laili, Joe, Aizat, Afiqq, Marhaiza, Fadzillah, Dilla,  Azni, Sukma, Rose, Rosni, Arfah, dll. Semuanya rajin2 belaka. Komitmen pun kelas pertama. Laporan sentiasa lengkap. Memang cantikkk. Segala kerjasama amat membahagiakan. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.


No comments:

Post a Comment