Adakah anda pernah mengalami kembung perut, pedih hulu hati, muntah atau merasa kenyang walaupun baru menjamah makanan? Mungkin anda menyatakan bahawa setakat ketidakselesaan perut itu perkara biasa. Namun jangan biarkan kerana mungkin anda telah mengalami dispepsia atau senak. Anda perlu mendapatkan rawatan perubatan ye
Punca senak atau gangguan perut antaranya ialah:
i. Terlalu banyak mengambil alkohol, kafein atau coklat
ii. Pengambilan ubat anti-radang (NSAID)
iii. Jangkitan licobacter pylori (H pylori)
iv. Faktor pemakanan
v. Merokok
vi. Kebimbingan
Tanda2 atau gejala ialah:
i. Sakit dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen
ii. Kembung
iii. Loya dan/atau muntah
iv. Rasa terlalu kenyang selepas makan
v. Kenyang awal semasa makan
vi. Pedih ulu hati.
Senak atau gangguan perut banyak berlaku kekerapan yang lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki. Ia biasa terjadi di kalangan mereka yang berumur 20-an hingga 50-an.
No comments:
Post a Comment