Friday, December 19, 2014

Adab dan budaya





Bahasa menunjukkan bangsa. Budi bahasa budaya kita. Kedua-dua frasa ini seharusnya diamalkan oleh seorang Pegawai Perhubungan Awam. Hakikatnya setiap orang itu menjadi Pegawai Perhubungan Awam dalam urusan sehariannya. Yang berbeza cuma skop kerja dan tempat kerja. Misalnya seorang Pegawai Pemasaran di sesebuah syarikat juga mesti mempunyai skill perhubungan awam yang baik untuk berjaya memasarkan produknya. Dia mesti mahir berkomunikasi supaya dapat meyakinkan pelanggan.

Jika dilihat dari segi perkhidmatan awam. Misalnya seorang Pegawai Penerangan Daerah memang jelas, dia hendaklah mengamalkan skill perhubungan awam terbaik bagi memudahkan segala urusan dengan semua pejabat di daerah yang berkenaan. Senjata utama dalam berurusan ada berkomunikasi dengan baik disertai dengan adab dan budaya yang indah. Ia dibantu dengan ilmu  pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi dengan penuh tertib. Dengan demikian hubungan dan kerjasama dapat diperolehi serta dikekalkan dalam melaksanakan tugas. Secara totalnya sebagai insan yang berurusan dengan orang awam dan orang ramai perlu mengamalkan budaya dan yang menggambarkan seorang Pegawai Perhubungan Awam yang beradab serta cemerlang berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment