Monday, November 24, 2014

UMNO perjuangkan kepentingan Melayu




Persidangan agung UMNO bermula lagi....Apakah resolusinya???

Kini ramai yang mau UMNO perlu berubah. Berubah tentang mana tu? Dasar UMNO atau orang dalam UMNO. Perjuangan UMNO amat jelas. Demi bangsa Melayu dan agama juga negara. Mana ada parti lain yang punya perjuangan demikian. Adakala saya begtiu hairan ramai orang Melayu sendiri begitu tidak suka dengan UMNO. Jadi apa lagi jika buka kalangan Melayu. Tentu mereka hairan kenapa orang Melayu sendiri tidak sayang UMNO.  Kenapa dan mengapa?  Saya tidak suka atau dengan kata lain seolah2 benci timbul ABU - asal bukan UMNO. Begitu kurang pintarnya mereka yang berkata demikian. Nah! UMNO hendaklah bermahasabah diri. Tindakan perlu cepat dan tepat.

Memang bukan mudah untuk berubah. Rasa sayang yang kental membuatkan ada pemimpin UMNO susah untuk berundur. JI\ika boleh mahu bersama2 UMNO hingga ke akhir hayat. Doa terus dipanjat supaya UMNO terus gah dan selamat. Namun kini, dunia semakin mencabar. Cinta dan saya perlukan pengorbanan. Lalu jika mahu UMNO itu hidup dan disayangi semua generasi, maka bagi peluang kepada anak-anak muda. Lahirkan pelapis yang cintakan perjuangan bangsa. Menggarapkan cinta Melayu yang utuh dan kuat. Tidak mudah terpedaya. Bercakap atas dasar perjuangan hak Melayu dan agamanya. Biar mereka tidak membenci. Jika ada yang kurang selesa dengan beberapa perkara biarlah menjadi sejarah UMNO. Elakkan sikap tamat yang ada dan ganti yang baru. Senang cakap tapi dalam perjuangan negara, ia bukan seperti tukar baju. Mereka yang tidak cukup ilmu dan penghayatan saja bersikap demikian.

Ayuhhhh teruskan perjuangan UMNO. Jangan mudah goyah dengan cakap2 kosong. Elakkan terpengaruh dengan dahyah pecahbelah Melayu. Saya sebenarnya bukan berbangsa Melayu. Bangsa saya Dusun/Bajau tapi jiwa dan semangat Melayu itu kuat membara. Cuma UMNO saja yang perjuanganya demi bangsa, agama dan negara.

No comments:

Post a Comment