Thursday, November 20, 2014

Akta Hasutan





Perhimpunan Agong UMNO tinggal beberapa jam lagi. Tentu pelbagai persediaan rapi sedang giat dilaksanakan. Teruskan perjuangan kalian wahai orang-orang UMNO. Berani kerana benar. Jangan takut buat perubahan demi peningkatan UMNO. Yang penting semuanya relevan. Perbincangan nanti biar bernas. Idea2 terbaru dengan minda terbuka hendaklah seiring. Bahannya mesti klas pertama. Jangan pandai cakap saja tauuuu.

Nah dengar2 Akta Hasutan antara perkara yang akan dibincangkan dalam persidangan berpretaj itu.  Ia wajar kerana masa itu medan terbaik untuk memberi pandangan dan cadangan yang konstruktif berkaitan masa depan Akta Hasutan 1948. Bincang dan fikir betul2 secara menyuruh orang-orang UMNO. Harga bangsa dan agama letakkan di tahap tertinggi. Negara ini perlu dijaga serapi2nya.

Tidak dinafikan dunia semakin maju. Kehidupan sosial semakin berkembang. Pengaruh media sosial begitu berkuasa sekarang. Nah!  segalanyanya ini menyebabkan berlaku perubahan. Setiap perubahan itu perlu diteliti akan keperluannya. Banyak kemungkinan dalam Akta Hasutan yang memerlukan penambahbaikan. Akta itu perlu diperkasa supaya pelaksanaan lebih gah dan rasional untuk sebuah negara yang berdaulat. Ok kita tunggu dan lihat nanti persidangan UMNO 2014.

No comments:

Post a Comment