Monday, November 24, 2014

Melayu diperjuangkan



Jangan terlalu bencikan UMNO yang dasarnya memperjuangkan Melayu di bumi Allah ini. UMNO bingkas dan lantang memelihara kepentingan Melayu. Siapa lagi yang bersungguh2 nak jaga hak kewujudan Melayu? Adakah mereka yang sanggup buang masa semata2 nak perjuangkan Melayu. Rasanya tidak ada sampai bila2, Jadi sementara ada yang memang mau berjuang itu, maka sokong dan bantulah perjuangan itu. Jika mau perubahan lakukanlah dengan waspada. Berhati2 dalam melaksanakan inovasi demi kebaikan bangsa itu sendiri. Moga tak akan berlaku mengemis di bumi sendiri. Tauuuuu

Lihat Melayu di Singapura. Mereka perlu berjuang berteraskan kudrat sendiri. Kasiannya mereka. Mereka berdepan dengan cabaran yang amat menduga. Lantaran ledakan pembangunan, masyakarat Melayu di Republik itu kini dihantui pelbagai kemelut. Antaranya isu pendidikan, peluang pekerjaan dan agama yang terpalit dengan sentimen perkauman serta diskriminasi.  Malahan, timbul isu larangan pemakaian dan peluang memegang jawatan tinggi dalam organisai juga disekat. Perkara ini dinyatakan oleh  Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, A Jamal Rashid ketika ditembual oleh BH.

Aku masih terpesona dengan perjuangan Tun M terhadap Melayu.....


No comments:

Post a Comment