Thursday, September 25, 2014

Tudung ala Fareeda





Amboiiii aku tiba nak beli pulak tudung ala-ala tudung Fareeda. Sebelum ini tak pernah terjentik nak beli. Tu le keinginan diri. Hanya Dia yang tahu. Dia boleh gerakkan bila2 masa.  Ini berlaku ketika jalan2 di Rantau Panjang. Macam2 jenis tudung ada di situ.  Tudung itu direkacipta dari tudung berjenama. Salinan tudung le lagaknya. Salah ke mereka? Menirukah namanya? Mereka akan didenda ke? Bukankah itu sebagai penghargaan? Entah le...

Aku tengok tudung yang Manis reka semula itu memang cantik. Ketika mencubanya ia terletak di muka. Sebenarnya aku bukan kerap beli tudung yang mahal2. Kebetulan aku jarang pakai tudung yang pakai oning keras. Susah nak jaga tudung gitu. Muka pun macam tak sesuai tapi nak pakai jugak sebab tudung Manis itu ada pesonanya. Mungkin rekaan dan harganya yang menjadi tarikan.

Tudung rekaan Manis kini dihantar ke Sarawak. Pilihan warna pun nampak menawan. Silap2 macam ciptaan yang asli. Namun aku tengok gaya jahitannya masih ada yang perlu dibaiki. Namapun dicipta semula. Hargapun  mampu dibeli bila2 masa.

1 comment:

  1. Salam Puan Ariah.

    Saya Maria Adibah dari fakulti filem UiTM. Saya ingin bertanya adakah puan bekerja sebagai PR? Saya sedang mencari seorang PR untuk ditemuramah berkaitan kerjaya dan kehidupan seorang PR. Saya harap puan dapat membantu saya dan memberi maklum balas mengenai soalan ini. Terima kasih puan kerana sudi membaca komen saya di sini. Kerjasama puan amat saya hargai :)

    Maria Adibah- mariaadibahazmi@gmail.com
    0177249523

    ReplyDelete