Tuesday, April 1, 2014

Leher dikelar ketika solat

DIKELAR Macam-macam boleh berlaku. Antaranya seorang jemaah telah dikelarkan lehernya ketika solat maghrib. Mangsa seorang mekanik. Seram dan takut dibuatnya. Insiden ini berlaku di Tampoi. Kawan makan kawan. Mangsa dengan lelaki itu berkawan baik. Menurut laporan di akhbar Harian Metro lagi selepas kelar leher lelaki itu sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf. Memang menakutkan. Mangsa meninggal di masjid berkenaan selepas beberapa minit. Mujur le mangsa ditemui di beranda masjid. Mungkin memang amat parah. Kenapa le jadi seperti itu. Namun ada saksi yang nampak semasa solat Asar kedua-duanya bergaduh. Tiada siapa yang pasti sebab mereka bergaduh. Cuma yang memudahkan ialah dia mengaku melakukan perbuatan itu. Senjata yang digunakan masih berada di kawasan masjid dan tidak disembunyikan. Kedua-dua mereka bekas pesakit Hospital Permai. Mangsa itu baru berkahwin dengan seorang bekas peaskit di hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment