Monday, December 16, 2013

Meninggal dunia selepas bekerja 30 jam tanpa henti

Kenapa mesti dia bekerja 30 jam tanpa henti. Apakah tujuannya berbuat demikian? Memang menghairankan seorang gadis kecil molek dan manis sanggup bekerja 3 hari berturut2 sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.
Gadis ini bernama Mita Diran, 27 bertugas sebagai penulis iklan di agensi pengiklanan di Jakarta. Menurut laporan penulis Utusan Malaysia di Jakarta, gadis ini bekerja tanpa mengenal erti penat selama 30 jam. Dia begitu fokus untuk bekerja agaknya. Namun dia tiba-tiba rebah dan dikejarkan ke hospital. Mita berada dalam keadaan koma sebelum meinggal dunia.

Usia bukan penghalang untuk Rozita

Cita-cita Zain untuk menjadi pengantin untuk Rozita Che Wan akhirnya menjadi kenyataan. Betapa gembiranya hati seorang lelaki yang bernama Zain itu sekarang. Usaha yang gigih akhirnya berhasil untuk hidup bersama pujaan hatinya bernama Rozita Che Wan walaupun usia mereka agak jauh berbeza. Rozita atau Che Ta sudah memasuki angka 40 sedangkan Zain baru 29. Namun angka bukan ukuran untuk hidup bersama. Ia juga bukan penghalang untuk mencipta kebahagiaan dua sejoli ini.

Mewah dan indahnya majlis kahwin Rozita Che Wan

Tarikh 11/12/13 adalah detik sejarah untuk Rozita Che Wan. Beliau menamatkan zaman jandanya dengan berkahwin dengan Zain Saidin, seorang jejaka berdarah campuran. Begitu cantik Rozita Che Wan atau Che Ta dalam pakaian pengantin. Kecantikannya menyerlah seolah-olah mengalahkan pengantin seorang anak darah. Memang Rozita cantik dan manis. Kecantikan itu tidak dapat dinafikan.
Pakaian yang Rozita dan Zain amat indah. Nampak mewah. Padanan warna memang menampakkan pasangan itu begitu mempesonakan. Pelamin yang direka dengan amat teliti. Bertuah betul pasangan pengantin ini. Foto-foto mereka begitu esklusif. Tentu ramai yang tidak sabar menunggu majalah tempatan yang menggunakan foto kahwin kedua pengantin ini.

Monday, December 2, 2013

Takrif elektrik

Mengapakah tarif elektrik perlu diselaraskan? Kerajaan tidak dapat meneruskan subsidi bahan api yang semakin meningkat. Negara perlu berganjak daripada memberikan subsidi menyeluruh kepada subsidi yang disasarkan kerana subsidi boleh mengakibatkan peruntukan sumber yang tidak cekap dan seterusnya menjejaskan ekonomi. Menurut laporan 2011 Dana Matawang Antarabangsa (IMF), apabila negara-negara berpendapatan rendah hingga sederhana mengamalkan subsidi menyeluruh, lebih kurang 46% daripada subsidi tenaga itu dinikmati oleh 20% masyarakat teratas dengan hanya 7% sampai kepada penduduk paling bawah.
Ini kerana golongan kaya biasanya menggunakan jumlah lebih tinggi sumber-sumber yang sukar didapati berbanding dengan golongan miskin. Penggunaan oleh golongan kaya mungkin tidak terbatas, sekiranya harga barangan terlalu murah. Bagaimanapun, bagi golongan miskin, penggunaan mereka selalunya terbatas, tidak kira walaupun sesuatu sumber/barangan itu sangat murah harganya.
Penyelarasan tarif elektrik adalah salah satu langkah untuk menstruktur semula subsidi ke suatu bentuk yang lebih menuju ke sasaran dan lebih mampan. Langkah merasionalisasikan subsidi telah mula dibincangkan sejak 2010 oleh PEMANDU melalui makmal-makmal subsidi dan inisiatif perbincangan awam.

Bertemu Siti Aishah di lokasi yang dirahsiakan

Siti Aishah tiba2 menjadi popular. Dia menjadi bahan berita di media cetak dan elektronik. Kakaknya Kamar Mahtum Abdul Wahab nekad untuk ke London untuk bertemu adiknya itu. Berkat usaha yang berterusan akhirnya Kamar Mahtum berjaya bertemu Siti Aishah di sebuah balai polis yang lokasinya dirahsiakan. Pergerakan mereka dikawal rapi demi keselamatan. Dalam pertemuan itu Siti Aishah menulis surat kepada keluarganya di kampung. Beliau menyatakan rasa gembira dapat bertemu kakaknya dan berharap dapat bertemu ahli keluarga lain pada masa akan datang.

Siti Aishah jalani tempoh tahanan di London

Sejak minggu lepas media banyak menyiarkan berita mengenai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 yang didakwa dijadikan hamba domestik oleh sepasang suami isteri di London. Memang menyentuh perasaan jika benarlah dia menjadi hamba kerana dia seorang yang pintar suatu ketika dulu. Tapi tak apa perjalanan hidup masing2.
Berita gempar tentang Siti Aishah menjadi tajuk di media tempatan. Ia bermula apabila Siti Aishah salah seorang daripada tiga individu yang diselamatkan polis Britain pada 22 November lalu tersiar di media. Berita itu menyebabkan Kamar Mahtum Abdul Wahab 73 tekad ke London untuk memastikan Siti Aishah itu adalah adiknya yang sebelas. Akhirnya Kamar Mahtum berjaya menemui adiknya dengan bantuan Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain.
Setelah berpuluh tahun tidak bertemu keluarga, Siti Aishah berjanji untuk pulang ke pangkuan keluarga selepas selesai menjalani tempoh penahanan selama sembilan bulan. Beliau dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kematian Sian Davies pada tahun 1997 yang dipercayai menjadi hamba kepada Aravindan Balakrishnan, 73 dan isterinya Chanda Pattni, 67 di Lambeth, London.