Monday, December 2, 2013

Takrif elektrik

Mengapakah tarif elektrik perlu diselaraskan? Kerajaan tidak dapat meneruskan subsidi bahan api yang semakin meningkat. Negara perlu berganjak daripada memberikan subsidi menyeluruh kepada subsidi yang disasarkan kerana subsidi boleh mengakibatkan peruntukan sumber yang tidak cekap dan seterusnya menjejaskan ekonomi. Menurut laporan 2011 Dana Matawang Antarabangsa (IMF), apabila negara-negara berpendapatan rendah hingga sederhana mengamalkan subsidi menyeluruh, lebih kurang 46% daripada subsidi tenaga itu dinikmati oleh 20% masyarakat teratas dengan hanya 7% sampai kepada penduduk paling bawah.
Ini kerana golongan kaya biasanya menggunakan jumlah lebih tinggi sumber-sumber yang sukar didapati berbanding dengan golongan miskin. Penggunaan oleh golongan kaya mungkin tidak terbatas, sekiranya harga barangan terlalu murah. Bagaimanapun, bagi golongan miskin, penggunaan mereka selalunya terbatas, tidak kira walaupun sesuatu sumber/barangan itu sangat murah harganya.
Penyelarasan tarif elektrik adalah salah satu langkah untuk menstruktur semula subsidi ke suatu bentuk yang lebih menuju ke sasaran dan lebih mampan. Langkah merasionalisasikan subsidi telah mula dibincangkan sejak 2010 oleh PEMANDU melalui makmal-makmal subsidi dan inisiatif perbincangan awam.

No comments:

Post a Comment