Thursday, July 19, 2012

Kekalkan hubungan cinta


Berkawan seribu tapi berkasih biarlah satu. Dalam berkasih itu ada perjuangan cinta. Bukan mudah untuk mempertahan hubungan cinta. Ia memang sukar mencabar. Ia tak semudah mencari kekasih. Nah! anda pasti inginkan hubungan itu indah dan berterusan. Jadi bagaimana untuk mengukuhkan hubungan cinta itu? Mungkin lain orang lain caranya. Namun saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya baca untuk menjadikan cinta itu berkekalan.

i. Tiga kata ajaib - Ucapkan kata-kata "I Love You" dengan kekerapan yang mampu. Tak payah menunggu ucapakan baru kita membalasnya. Dengan ucapan keramat itu anda akan melihat luahan cinta melalui sikap dan tingkah lakunya.

ii. Hayati hubungan anda - sentiasa menghayati hubungan cinta. semakin dalamnya penghayatan semakin intimlah hubungan. Maka anda dan pasangan benar2 serasi dan selamat perjuangan hidup dan cinta itu.

iii. Teruskan kehidupan normal - Tidak perlu mengubahkan gaya hidup normal anda seratus peratus. Yang penting anda dan pasangan kena berbincang mengenai rutin harian anda dengan yang tercinta itu. Cari keserasian dan cuba saling memahami kesukaan masing2. Perlu saling menerima kelebihan dan kekurangan masing2.

iv. Jangan terlalu romantis Romantis suatu perkara yang indah dan manis dalam perhubungan cinta. Ia merupakan pemangkin penting untuk mengekalkan suatu hubungan itu. Jadi tidak perlu dilakukan sepanjang hari tetapi hendaklah berpada2 supaya tidak bosan

v. Komunikasi secara terbuka - Komunikasi amat penting dalam membina kebahagiaan dalam perhubungan cinta.Cinta yang dipupuk dan stabil hendaklah dilengkapkan dengan komunikasi dua hala tentang hal masing2.

vi. Jangan kelam kabut - Dalam pergaulan seharian dengan masyarakat anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat tidak matang. Dalam hati perlu yakin bahawa yang tercinta tetap milik anda.

vii. Peka perkara sensitif - Perlu banyak buat pertimbangan jika mau menyelesaikan perkara yang sensitif. Lihat keadaan semasa dan kenali hatinya. Tentu anda tidak ingin membuat yang tercinta malu di depan orang tuanya.

viii. Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran - Pelbagai dugaan dan rintangan pasti dihadapi Ini mendewasakankan hubungan dan menguji hubungan anda. Yang penting sering ingatkan diri supaya tidak mudah mengalah dengan keadaan. Perhatikan sikap pasangan ketika berdepan dengan masalah. Paling perlu sentiasa cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau dalam keadaan apa sekalipun.

Selamat semuanya...yang tercatat ini hanya panduan semata2 ye

No comments:

Post a Comment