Wednesday, July 11, 2012

Artis pop yeh yeh terbiar



Kenapa artis lama pop yeh yeh yang seorang ini tercicir. Dia tak dapat sumbangan atau bantuan sedangkan pelbagai kemudahan disediakan. Dia pernah berhubung dengan Papita tapi sekadar bagi nasihat. Kenapa demikian? Dia jugak penyanyi pop yeh yeh dan wajarnya berhak untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk artis lama itu. Itu le yang berlaku dengan penyanyi Sdr Aziz Samad yang dulunya terkenal dengan lagu Janda Bersolek dan Cincin Suasa di sekitar tahun 1960-an. Kini beliau berusia 67 tahun dan menghidap penyakit jantung dan paru2 berair.

Menurut laporan akhbar artis pop yeh yeh ini pernah merakamkan lebih 40 lagu melalui piring hitam, kaset dan cakera padat (CD). Beliau juga pernah berduet dengan S Mariam dan S Fauziah. Ternyata bukan calang2 penyanyi. Malahan beliau juga ahli Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh Malaysia-Singapura.

Harap Karyawan, Seniman dan lain2 persatuan mengambil tindakan sewajarnya. Pencarian yang lebih teliti dan adil perlu diteruskan dengan kepekaan yang sewajarnya. Kasian para artis lama yang tidak diendahkan. Mungkin ramai lagi yang terbiar begitu saja. Adalah lebih baik jugak para artis lama berani ke depan untuk melaporkan diri. Hakikatnya jika semua ke depan dan pencarian sepenuhnya ada tentu tidak timbul teguran2 yang menyatakan ada artis lama dapat sumbangan berulang2. Ye ke?

No comments:

Post a Comment