Wednesday, July 11, 2012

Apa itu senyum?


Senyuman itu suatu anugerah untuk insan. Setiap insan punya cara senyum yang bbeza2. Senyum simpul, senyum kambing, senyum sindir atau senyum manis. Senyum itu melambangkan kemersaan dan tanda kesediaan kita untuk memulakan jalinan hubungan dengan setiap pelanggan. Senyuman dapat mengawal perasaan emosi yang tidak tenteram. Selain itu ia satu pengertian kepada pelanggan bahawa mereka dihargai dengan ada senyuman di depan mereka. Setiap kita perlu mengamalkan senyuman semasa berkomunikasi secara bersemuka. Begitu juga semasa bercakap di telefon senyum itu perlu kerana nada suara orang sedang senyum amat berbeza dengan orang yang muram dan marah.


Apapun kena le jugak ingat bahawa senyuman perlu dikawal. Kenapa agaknya? Ada ketikanya senyuman perlu ikut suasana dan keperluan. Namun yg penting senyum kena ikhlas. Untuk memberi senyuman yg ikhlas perlu redha dengan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment