Monday, May 28, 2012

Tiadanya P.Ramlee cetuskan Hari Seniman


P.Ramlee sudah lama tiada di dunia ini. Jika dilihat sedalamnya - Siapakah P.Ramlee atau Ramlee bin putih itu jika beliau tak terlibat dengan bidang seni? Selepas beliau meninggal dunia pelbagai program diadakan seperti pertandingan lagu2 P.Ramlee, tayangan filem2 P.Ramlee, meniru gaya P.Ramlee. Dan yang paling besar P.Ramlee dianugerahkan gelaran Tan Sr Dr. P.Ramlee. Betapa besarnya nama itu sekarang.

Satu lagi tercetus hasil peninggalan beliau ialah Hari  Seniman. Hari yang penuh bermakna untuk para seniman ini diambil sempena perginya P.Ramlee ke rahmatullah pada  29 Mei . Memang idea yang bijak memilih tarikh itu. Alhamdulilah jugak dengan adanya Hari Seniman aa pihak yang mengadakan majlis tahlil di samping aktiviti2 kesenian  yang lain.

P.Ramlee satu nama agong besar dlm dunia seni tanahair. Dia dilahirkan dengan bakat yang luar biasa. Punya suara yang lunak dan merdu. Bakat lakonan yang dikagumi dan kemampuan mengarah yang disanjungi. Takat ini belum ada pelapis P.Ramlee walau pun ada yg cuba2 mau ikut P.Ramlee. Tiru gaya saja tapi jauh sekali menjadi macam dia. P.Ramlee cuma ada satu dan telah lama pergi. Yg tinggal cuma hasil seninya.

No comments:

Post a Comment