Monday, May 28, 2012

Nombor plat WWW 1

Akhirnya terjawab jugak teka teki dlm mindaku. Siapakah yang menjadi pemilik plat kereta WWW 1 itu? Aku tau aku tak mampu untuk bersaing. Siapa le aku? Hehehe Nah! mindaku berbisik, "tentunya orang kaya atau ternama yang akan berjaya memiliki nombor plat WWW 1 itu". Bisikan itu tak melesat kerana Tuanku Sultan Johor , Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menjadi pemiliknya.

Bila tengok angka RM520,000 rasa bagai mau pengsan. Tinggi nilai tu. Aduiii...Namun apa yang diketahui nombor pendaftaran siri WWW mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima 18,243 permohonan sepanjang dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei yg lalu.

No comments:

Post a Comment