Tuesday, March 6, 2012

Diet tapi tak diet

Risau tu memang risau kerana tekanan darah tiba2 tinggi. Sebelum ini tekanan darah rendah. Perubahan berlaku tanpa disedari. Mungkin jugak faktor usia. Mungkin disebabkan pemakanan. Atau ada kaitan dengan keturunan. Apapun tekanan darah tinggi adalah penyakit tidak berjangkit. Malahan ia adalah pembunuh senyap. Banyak sudah terjadi kematian disebabkan peyakitan berkenaan.

Aku kena jaga makan. Kena juga minum herba. Sebab dah dua kali beli herba misai kuching. Suamiku beli hempedu langit. Aku minum dan tekan segala herba itu demi untuk sihat. Tengahari ni makan kuih dan nenas saja. Harap2 tak jejaskan jumlah kelori badanku. Namun kuih 3 jenis tu manis2 semuanya tapi manis2 buah aja le...

Mau diet tap tak deit jadinya. Sarapan tdi sudah makan makroni goreng dan telor mata kerbau. Ada sambal sikit. Pedas. Minum air susu dan air suam aja. Alhamdulilah. Namun aku terasa ngantuk tadi.

No comments:

Post a Comment