Tuesday, March 6, 2012

Fasha Sanda minta didoakan bahagia



Pelbagai kontrovasi tercipta berkaitan cinta artis Fasha Sanda. Tak putus2 cerita dan gossip tentang dia. Ada saja cerita cintanya tapi yang paling banyak disentuh cinta dengan duda glamor ini pastinya. Malah ada yang marah kerana kononnya si lelaki itu (bakal suami) bercerai kerana Fasha punya kerenah. Bergaduh dengan artis wanita yang cantik sebab kononnya Fasha tuduh dia keluar dengan si lelaki itu. Entah macam2 cerita pasal artis cantik ini.

Tiba2 Fasha umumkan telah disunting oleh sang duda anak satu itu. Siapa lagi kalau bukan Rizal Ashram atau dikenali dengan Jejai. Sekian lama menanti, kini bintang jelita dan manis ini berbicara soal cinta dengan lelaki yang telah lama dikaitkan dengan dia. Malah suatu ketika dulu lelaki ini pernah terbang ke pulau untuk berjumpa Fasha di sana. Amboi romantiknya. Bagai cerita sang puteri raia zaman dulu2 pulak! Gempar di media massa. Aduhai....


Kini Fasha Sanda dan Jejai telah menghadiri kursus kahwin bersama2. Eloklah juga kerana kursus itu banyak memberi ilmu kepada pasangan. Harap2 Jejai boleh menjadi suami yang baik dan menjaga Fasha. Pengalaman dia bercerai menjadi teladan untuk dia bersama artis yang lagi satu ini. Mereka juga telah melihat baju pengantin. Tentunya cantik apa lagi jika Fasha Sanda yang pakai.

Selamat menempuh kehidupan baru tidak lama lagi buat Fasha Sanda....

No comments:

Post a Comment