Tuesday, August 24, 2010

Kerenah menyibuk di majlis buka puasa

Salam Ramadhan semuanya,

Malam tadi saya menghadiri jemputan buka puasa rakan di Telekom Malaysia , di sebuah hotel cantik di Petaling Jaya. Makanannya memang ada klas dan banyak. Sedap semuanya. Ramai berbuka kat hotel tu termasuk bangsa lain. Boleh dikatakan penuh meja le. Untuk sampai ke situ kami terpaksa pusing dua kali kerana salah jalan. Mujur le trafik tak terlalu sesak. Saya hadir bersama azni dan badarudin.

Sebelum itu saya menghadiri mesyuarat majlis hari raya aidil fitri bersama YB Menteri di Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Mulanya risau juga takut tak sempat hadir buka puasa itu. Namun rezeki jumpa kawan2 tak ke mana. Kami pun sampai ke sana agak ngam2 masanya. Tiba di depan hotel terus call Hajah Salmiah. Konon2nya mau maklumkan kami sudah tiba. Rupa2nya dia sudah tunguu kat lobi. Terima kasih sahabatku... saya pun diperkenalkan kepada bosnya...seorang yang lemah lembut dan mudah tersenyum. Saya bahagia kerana jumpa jugak rakan2 lain di situ. Rupa2nya ramai jugak yang masih ingat dengan saya.

Kami duduk semeja dengan Hajah. Mula2 kami saja. Maklum le baru jam 6.45 petang. Jam 7.00 petang kami mula ambil makanan. Makanan amat le banyaknya. Kata Hajah yang special di situ ialah roti canai durian dan sup daging. wow! mau rasa le pulak kedua2nya. Mujur le badarudin ringan tulang ambil sup. Nah! nampak2 ja sudah terhidang di atas meja. Memang menyelerakan. Macam2 makanan diambil. Cuma jumlah dihadkan. Maklum le selera belum buka memang tinggi tapi hakikatnya makan sikit ja...

Jam 7.20 petang kawan sebelah nak baca doa. Aduh! belum azan. Dia kata ada dah makan. Lalu Hajah kata,"buat apa kau tengok rakan Cina kita makan, dia tak puasa..." Kami pun tersenyum. Tak apa dalam hatiku , itulah prihatin dengan masa. Kata Hajah lagi...jangan disebabkan satu minit batal pulak puasa kita...ya memang benar itu. Azan di tv pun bergema. Maka kamipun makan beramai2.

Ketika makan cerita pun bermula. Perbagai perkara dibualkan...memang menarik. Namun adalah seorang rakan kat meja tu. Dia mungkin baik. Peramah orangnya. Cuma saya kurang selesa dengan caranya berbual. Dia suka menyampuk yang tak kena dengan tajuk cerita. Lepas cara ketawa pun mengejutkan tenangnya perbualan. Aduh! dia kurang pendedahan agaknya tentang komunikasi bersemuka. Atau salah strategi. Atau memang caranya gitu untuk mengambil perhatian. Entah susah nak cakap. Yang pasti sesekali saya rasa malu. Kebetulan ada dua orang rakan lelaki (anggota pdrm) duduk sama dengan kami. Ada ketikanya saya memerhati rakan wanita yang suka menyibuk itu. Tapi dia buat tak endah saja. Mungkin dia tak perasaan. Dia terus dengan cara yang kurang enak dilihat dan ketawanya kurang sopan(sebagai seorang wanita).

Menyentuh rakan pdrm ni - dapat kenalan baru. Sudah lama jugak dia bertugas di Kuala Lumpur. Dia berasal dari Sibu dan sudah bekeluarga. Anak seorang. Isterinya juga asal negeri yang sama. Seorang lagi berasal dari Labuan. Nah! macam2 cerita kami kongsi. Dia kata, kurang yakin tinggal di rumah teras kerana masalah orang pecah rumah. Sebab itu dia beli apartment. Ada orang jaga. Ada pasukan keselamatan jaga kawasan. Mungkin teori itu benar. Lepas itu rupa2 dia tertarik juga dengan kisah penceraian selebriti termasuk penceraian seorang pemain badminton terkenal. Rakan semeja cuba dapatkan gambaran cerita. Siapa le saya mahu bagitau. Cuma saya kata, saya pandang yang positif saja. Tersentuh juga dengan kisah putus kasih artis EF dan HI. Aduhai....rupa2nya ramai yang tertarik dengan kisah2 macam ni....

Perut pun sudah angkat bendera putih. Maka kami pun beredar dengan rangkaian ucapan terima kasih kepada rakan2 di telekom. Terus ke pejabat . Tiba rumah jam 11.00 malam. Aduh! penat pun terasa. Untuk segarkan badan saya mandi. Lepas solat Isyak dan terus buat solat terawih. Lega... tercapai apa yang nak dibuat. Selepas itu saya sambung baca novel Kesturi sehingga selesai. Cerita happy ending....

Selamat segalanya...

No comments:

Post a Comment