Saturday, August 28, 2010

Mengelakkan berputus asa

Dalam kehidupan ini memang tidak dapat lari dari pelbagai dugaan. malahan ada yang berlaku amat menduga. juga sabar tercabar sehingga ada yang kematian hati dan rasa. ada juga yang merasakan lebih baik mati saja. segalanya itu resam dalam menempuh perjalanan di bumi nyata ini.

Nah! bila sabar tidak dipelihara maka timbullah suasana putus asa. dalam bahasa arab ia disebut yalesa. sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa.

Namun Alla swt tidak menyuruh hambanya berputus asa kecuali orang yang kafir. jadi untuk motivasi diri tidak berputus ada maka beberapa tip yang boleh diamalkan, iaitu:

- sentiasa ingat setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik
- paling penting usaha kita yang gigih. hasil yang allah swt berikan nanti adalah soal kedua.
namun kita tetap mendapat ganjaran daripada allah swt
- sentiasa berdoa memohon pertolongan allah
- sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan

Di samping itu sebagai insan yang dipinjamkan dunia ini maka kita hendaklah memikirkan yang indah2 untuk kebaikan. jika berlaku kurang baik maka itu adalah dugaan. yang kemudian akan mendapat yang baik jua...

(sumber: majalah solusi isu ni.22)

salam sabar...

No comments:

Post a Comment