Friday, July 2, 2010

Konsert ella bersama awie memikat

Memang best! best sekali !tengok konsert ella tadi. memang tidak sangka ada kejutan seperti itu. yang best tu semasa segmen bersama awie. memang sesuai mereka. terpegun dibuatnya.lagu duet mereka ada power. amat seronok mereka menyanyi. senda gurau pun ada klas. sesekali suasana antara mereka penuh kasih sayang. ada ketikanya romantik. kebetulan ella manja. manja yang indah dan real. ella siap jentik hidung awie. dia kelihatan nakal sikit. awie tidak membalasnya. nampak sopan.

Ada ayat ella membuat awie terduduk. adakah ia lakonan semata kurang pasti. yang penting audien enjoy dengan telatah mereka. awie menyanyikan lagu bertajuk terima kasih. suaranya rock ada klas tersendiri. pakaiannya pun kemas. pakai kot warna hitam. rock sopan. konsert berseri jugak dengan kehadirian joe wings. dia solo sesekali. bunyi gitarnya ada klas.

Ella juga berpadu suara dengan Datuk ahmad jais. boleh tahan jugak. lenggok suara ella ada cara tersendiri. ella pandai mengusik dengan hormat datuk ahmad jais. siap dia bagitau datuk bagi ubat untuk ibunya yang kurang sihat. sakit2 sendi. betapa perihatinya orang lama. ella puji dia sebab masih bergaya, maintain dan rambut pun masih banyak. memang benar cuma dia agak kurus.

lagu2 ella sedap didengar. cuma peringkat awal bunyi berdesing. mungkin balancing tidak cukup masa. apapun saya tengok audien tetap enjoy dan tepuk tangan tanpa henti. malahan mereka memanggil2 nama ella sambil menyatakan " i love you ella....". ella balas "i love you too". mereka pun jerit. sikit2 menjerit. memang boleh hapuskan tension.

cara ella berterusan angguk2 kepalanya agak luar biasa. tenaga dia memang banyak. kelihatan berpeluh2 tapi suaranya tetap power. dia tidak banyak tukar2 baju. cuma tiga kali saja. mula2 pakai seluar n jaket kulit. lepas itu dia pakai baju kurung moden. last sekali dia pakai slack dan t-shirt merah. kota di luar. kasutnya merah menyala.

ella begitu peka dan menghargai pada semua yang terlibat untuk jayakan konsert pertamanya di istana budaya. selepas 25 tahun jadi artis (penyanyi) baru kali ini 2010 dapat kesempatan buat shoe di Istana Budaya-pentas berpestij. Tahniah ella. tahniah jkkn, tahniah istana budaya, tahniah pada semua yang datang dan tahniah untuk diri saya....

alangkah bestnya jika konsert ella dan awie dibuat sekali. bukan sekadar undangan seperti tadi. dah tentu konsert itu ada kekuatan tersendiri. nah! memang terangkat le... apapun awie dengan geng cuci akan berada di pentas ib pada hujung bulan ni.... mudah2an selamat dan berjaya segalanya.

konsert ella merupakan yang terakhir dalam agenda ib tahun 2010. selepas cuma teater muzikal. jadi sesiapa nak buat konsert boleh dilaksanakan tahun depan. dengar2 cerita awie buat konsert tahun 2010 di istana budaya. tentu best tu! tidak sabar menunggu konsert rock awie.

yang menarik juga saya tengok lagu2 ella rock tapi pesonalitinya manja, sopan dan pemalu. memang jauh berbeza konsep lagu dan pembawaan dirinya. mungkin disebabkan ini juga dia boleh bertahan dalam industri ini...

bagi yang tidak sempat tengok mungkin rakaman konsert akan ditayangkan nanti, tungguuu.... ja le. ella bagi ucapan terima kasih untuk semua dan dia juga menyebut nama2 terdekat untuk promokan konsert... mudah2an dapat tengok gi...

salam rock...

salam rock....

1 comment:

  1. Ella memang best! Do visit my blog for pictures from the concert. :)

    ReplyDelete