Sunday, June 27, 2010

Dia menjelma di kala rindu pada sahabat


Aduhai...betapa gembira dan bahagia aku hari ini. tiba2 dalam pencarian dan rindu yang menggamit dia menjelma dengan suara dan rentak bual masih seperti dulu. sahabat seiring dalam penulisan. dunia wartawan diharungi bersama. dulu2 jugak saya buat latihan amali di akhbar dia menjadi editor. sudah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan.

Dia satu2nya sahabat lama yang unik. namanya salbiah jabrin. suatu ketika dulu dia editor di akhbar Sabah Times. tulisannya aku suka. dia begitu berhati2 dengan penggunaan bahasa melayu ketika itu. aku kena hormat dia sebab dia bos. namun dia tetap sahabat. di luar boleh gurau lebih tapi dalam pejabat tetap terhad.

Aku sering menghantar artikel dan cerpen kepada dia tahun 80-an. masih aktifku sekitar tahun 1982 hingga 1985. selepas itu aku pegi sambung belajar. niat mau ubah nasib diri dan keluarga. jadi aku perlu memilih yang mana satu yang diberi keutamaan. namun aku masih tulis sajak. kerana aku paling suka buat sajak. sesekali ketika itu aku hantar juga ke akhbar. tahun 2005 banyak dihantar tapi aku tidak dapat baca kerana msa itu aku sudah belajar di semenanjung.

Salbiah seorang wanita berbadan kecil tapi jiwanya besar. ketika sering bersamanya aku ada berkata dalam ya Allah ramainya anak dia ni...aku tengok setiap tahun dia mengandung. alhamdulilah. .. dia seorang wanita dan isteri yang tabah. suaminya pun sahabat juga, iaitu sdr Lokman S. Dulu dia editor ruangan sukan. kini anak2 mereka sudah besar. semuanya ada 8 orang. ada anak2 mereka sudah belajar di universiti.

Aku teruja semasa berbual dengan dia. mengimbas kenangan lama. sesekali kami ketawa. kedengaran cara ketawa dia masih seperti dulu. macam2 cerita mau diluahkan dan dikongsi bersama. sayang masih terhad. kerja pejabat perlu diteruskan. dia pula ada kerja rumah yang hendak dibereskan. kini salbiah suri rumah sepenuh masa. cuma dia juga aktif menanam pelbagai jenis bunga. tentu indah kawasan rumahnya.

Dia adalah antara sahabat yang aku rindui. cuma nama tak terucap. sebab itu bila tau dia hantar sms aku tergemam. mula2 aku rasa sesuatu melalui ayat yang digunakan. mujur le dia terus perkenalkan diri. memang tidak disangka yang sms itu adalah salbiah. seorang wanita kuat yang pernah menjadi editor di akhbar. Sabah Times adalah akhbar yang popular suatu ketika dulu di Sabah. setiap kali aku lalu di bangunan Sabah Times sudah pasti aku teringat salbiah jabrin, lokman, emin madi, ahmad shah naing, johan aziz, arwah pak k. bali dan ramai lagi.

Bila rindu disapa begini indah rasanya. cuma kami menunggu sebuah pertemuan. saling ingin melihat diri sahabat yang sudah lama tidak bertemu. memang terasa lama menanti bila kita cuba rancang begini. apun pun semoga niat baik ini akan tercapai...

salam persahabatan...

No comments:

Post a Comment