Sunday, May 16, 2010

Tangan yang menghayun buaian itu....

Hidup dikandung adat, mati pulak dikandung tanah. Memang pun ia berlaku seperti itu. Mungkin ada kalangan generasi baru (juga yang lama) tidak melihat adat itu penting dalam hidup. Ya! tidak apa kerana tidak ada paksaan dalam hidup. Namun jika mati pasti dikandung tanah. Namun ada kalangan individu (mengikut kefahaman/pegangan masing-masing) meletakkan jasad seseorang itu dalam keranda khas. Tapi yang nyata ia tetap dimasukkan ke dalam tanah.


Pepatah itu wujud kerana kehidupan manusia berkaitan dengannya. Satu lagi pepatah yang segar Dialah Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Boleh Menggoncang Dunia. Nah! bunyi pepatah ini agak gah dan suatu yang amat penting dalam melayari kehidupan ini. Kata2 ini memang ada kebenarannya dan ternyatakan buktinya ada di depan mata. Namun timbul pulak persoalan apakah benar semua wanita layak disamakan kedudukannya berdasarkan pepatah yang dahsyat ini.

Tangan seorang wanita itu memang ada kuasa yang tinggi nilainya. Dalam lembutnya mengayun buian itu memang tersirat kuasa . Di tangannya ada kewibawaan yang luar biasa. Buaian yang diayun itu menyebabkan seorang anak kecil membesar dan menjadi generasi yang disegani dan dihormati. Seorang Perdana Menteri yang gah di mata para rakyat adalah hasil ayunan buian seorang wanita. Tidak kira Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Amerika Syarikat, Perdana Menteri Arab Saudi, Perdana Menteri Jepun dan sebagainya. Mungkin mereka tidak tidur dalam buaian tetapi yang nyata mereka dibesarkan dengan belaian ibu tersayang.

Namun, dapat juga dinyatakan jika seorang wanita itu berjaya dalam hidupnya hasil kerja kuat memang tepat sekali dengan maksud pepatah ini. Tangan seorang wanita (ibu) mengayun buaian itu tidak dinafikan lembut tapi dia mempunyai jiwa yang kental dan kuat untuk berjuang dan berjaya. Ini dapat dilihat apabila kini Menteri Kabinet ada dari kalangan wanita. Perdana Menteri Wanita juga telah mencatat sejarah (berlaku di Filipina dan Pakistan). Wanita juga berjaya dalam dunia perniagaan (malahan bergelar jutaan ) seperti Datuk Maznah, Datuk Azlina, Rozita Sendayu Tinggi, dan ramai lagi. Mereka ini telah membuktikan bahawa kaum wanita itu boleh berjaya dalam dunia yang penuh cabaran ini dengan kecekalan yang mereka ada. Usaha tangga kejayaan. Kelembutan yang dimiliki itu adalah senjata yang tajam untuk menghasilkan impak yang berkuasa dalam cita2.


Ada juga yang menyatakan bahawa tangan yang mengayun buian itu menyebabkan berlaku impak negatif terhadap anak2 muda ( ada yang sudah tua) Nah! jika ini berlaku pastinya mereka ini tersasar jauh dari keupayaan untuk menggocang dunia. Bukan salah ibu mengandung tapi salah sendiri yang tidak menggunakan akal yang dikurniaankan Allah swt. Mungkin juga mereka tidak mengambil berat jasa ibu dan cuma sibuk dengan kepentingan diri sahaja. Lalu buaian yang diayun itu cuma tinggal kenangan di hati seorang ibu. Namun, doa seorang ibu akan mengiringi kehidupan anaknya. Jadi, tidak hairan juga berlaku cerita Si Tanggang (dongeng) yang derhaka dan akhirnya menjadi batu kerana tidak menghiraukan ibu yang amat merinduinya.


Secara kesimpulannya, pepatah tangan yang mengayun buian itu boleh menggoncang dunia sebagai perumpamaan terhadap usaha dan jasa seorang wanita (ibu) yang membesarkan anaknya sehingga dewasa. Anak itu pula membesar dengan didikan yang padu dan menjadi pandai serta menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi pemimpin, peniaga, penulis, pelukis, dan sebagainya. Pepatah ini akan menjadi pusaka bangsa dan tercatat dalam sejarah kehidupan manusia sejagat terutama di kalangan orang2 Melayu.

Salam buai laju laju....

1 comment:

  1. Tangan yang di sangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia mencipta sejarah....

    ReplyDelete