Sunday, May 16, 2010

Kukuku sakit dipikul guru....komen pembakar semangat

Selamat Hari Guru....ucapan yang amat besar maknanya. Tanpa guru siapalah saya. Saya tidak ada di tempat sekarang ini. Guru adalah pemangkin saya membentuk kehidupan masa kini. ABC perubah segalanya. Selain itu ketegasan arwah bapa saya, (Judah bin Sompong) juga amat berperanan dalam hidup dan rentetannya ini. Dia sentiasa mengingatkan supaya hormat dan dengar cakap serta nasihat guru.

Ketika menjadi pelajar saya belum mengerti betapa besar peranan dan jasa seorang guru itu. Tapi yang berlaku ketika zaman persekolahan saya memang tidak pernah terlintas untuk melawan guru walaupun ada di antara mereka garang. Pernah suatu waktu itu saya kena marah dan kukuku dipukul dengan pembaris. Ini disebabkan saya memandang arah lain semasa dia mengajar subjek mematik. Saya masih ingat namanya Cikgu Hashim yang berasal dari Semenanjung (negeri tidak tau). Ketika itu saya dalam darjah enam di St Edmund's School. Betapa geramnya saya masa tu. Siap saya kena keluar kelas dan dijemur di bawah panas mentari. Habis satu badan berpeluh. Saya memberontak dalam hati ketika itu. Kesalahan kecil dan tidak disengajakan mendapat denda seperti itu. Sebenarnya saya tidak pernah bagitau bapa atau emak saya tentang hal ini kerana takut kena marah.

Saya amat perit melalui kelas mematik Cikgu Hashim. Rasa takut bertentang mata (berkaca mata) dengan beliau. Wajahnya amat serius. Sebab itu saya tidak minat subjek itu sehingga sekolah menengah. Ketika sekolah rendah saya minat subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah sehingga sekolah menengah. Saya mula menulis semasa dalam darjah enam. Ia lebih kepada cerita raja2 dan cuma khayalan saya. Selepas tulis (dalam buku latihan khas) saya edarkan kepada semua kawan2 sekelas. Mereka pun membacanya dan minta saya sambung lagi cerita itu.

Cerpen pertama saya ditulis dihujung tahun ketika dalam tingkatn tiga. Sebelum cuti panjang saya serahkan cerpen itu kepada Cikgu Isa (arwah) dan beliau beri komen yang menyuntik semangat saya menulis sehingga masa kini. Sayang seribu kali sayang saya tidak sempat menunjukkan hasil2 karya kepada beliau. Tulisan tangan Cikgu Isa dengan dakwat merah. Saya masih menyimpan cerpen tulisan tangan itu di kampung (harap adik2 di kg tidak membuangnya).

Ramai guru saya masih pahat dalam ingatan saya seperti Cikgu Laksi (cikgu semasa darjah satu) dan Cikgu Nurkata (arwah) di sekolah Rendah Pirasan Kota Belud. Selain itu, Cikgu Soi (ajar subjek Ilmu Hisab, Dia seorang yang tegas dan garang. Badannya kecil sahaja dan berkaca mata. Namun saya cuma sempat bersama mereka sehingga darjah tiga sahaja kerana semasa masuk darjah empat saya ditukar ke St Edmund's School kerana markah baik semasa satu ujian khas.

Setelah di sekolah menengah saya masih ingat betapa kelas saya suka jika cikgu sejarah masuk, iaitu cikgu Selamat. Dia ini best mengajar. Tidak payah tengok buku. Dia bercerita dengan menarik dan kami mendengar seronok. Cikgu Selamat ramai peminat sehingga dia kahwin dengan rakan semeja saya, iaitu Intan Pertemuan. Saya hadir mereka bersanding (semasa menunggu keputusan SPM). Ketika itulah saya perhatikan pabila cikgu jatuh cinta dengan murid maka dia akan guna kuasa untuk memanggil murid itu saya setiap hari. Saya pulak jadi peneman. Maklumlah dia kawan baik saya.

Aduh! terlalu banyak cerita tentang guru dan peristiwa ini. Akan disambung jika ada waktu...


Salam hari guru.....jasamu tetap dikenang dan terpahat dalam ingatan...

No comments:

Post a Comment