Wednesday, May 5, 2010

Keyakinan rakyat usah dipersendakan

Keyakinan rakyat perlu. Lalu, Tahniah kepada kumpulan pengkaji Isu Semasa 2010. Hasil kajian tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada sabtu yang lalu. Kajian itu mengenai pandangan orang ramai tentang kemampuan negara ini mencapai Wawasan 2020. Kajian ini telah melibatkan pelbagai kaum ini memperlihatkan penanda aras untuk menilai semula status sokongan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan masa kini.

Kajian juga menunjukkkan rakyat menerima permbaharuan dan langkah2 yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Malahan terdapat suasana rakyat selesa dengan keadaan kini. Gagasan 1Malaysia semakin difahami dan diterima rakyat. Hakikatnya kerajaan dan rakyat saling memerlukan.

Hati rakyat berbagai jenis. Begitu juga dengan tindakan dan keputusan. Mereka mempunyai hak untuk melayari kehidupan dengan cara yang disenangi asalkan tidak melanggar prinsip undang2 negara. Nah! selaras dengan program yang bervisi gergasi Wawasan 2020 ramai di kalangan rakyat menyedari bahawa setiap individu mempunyai masa depan yang cerah jika rajin berusaha. Tambahan pula dengan program murni 1Malaysia yang merupakan pemangkin kukuh untuk menjadikan perpaduan teras kemajuan dan kedaulatan negara. Sudah tentu kehidupan yang aman dan maju terjamin.

Keyakinan rakyat semakin kukuh. Sebab itu ramai yang mahu bekerja sendiri. Dalam perkara ini saya cuba kaitkan dengan anggota perkhidmatan awam. Ramai di kalangan mereka ingin pencen awal dan cuba berdikari dengan cara lain pulak untuk menempuh kehidupan. Mereka punya perancangan kerana yakin dengan pentadbiran Kerajaan. Namun ada yang kecewa kerana terpaksa menarik balik pencen awal sebab kemudahan sebagai perkhidmatan awam itu, iaitu graduaiti tidak diberikan. Sedangkan sebahagian daripada mereka akan menggunakan sebahagian wang itulah memulakan hidup baru.

Sebenarnya jika mereka jadi pencen awal juga merupakan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat kepada yang lain. Masih ramai orang mencari pekerjaan di sektor kerajaan. Mereka yang menunggu naik pangkat juga bukan sedikit. Lagipun sekarang ada di kalangan orang berjawatan boleh sambung perkhidmatan membuat peluang mereka berkenaan lenyap. Ini juga menyebabkan keyakinan menurun seolah2 kewibawaan mereka tidak dihargai. Mungkin juga ia untuk penjimatan?

Adalah diharapkan keyakinan rakyat tidak terasa dipersendakan dengan perubahan dan tindakan2 tertentu walaupun sebenarnya tujuan perkara itu dilaksanakan baik. Saya dengar dan dapat maklumat mereka rasa merungut dan tidak puas hati. Namun yang pasti di kalangan rakyat mereka tidak tahu perkara yang tersirat di sebalik sesuatu itu dibuat.

No comments:

Post a Comment