Friday, May 7, 2010

Kewibawaan tugas pr perlu sokongan dan pengalaman

Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada fokus dan panduan yang jelas jika mau impak yang baik. Jika buat sesuatu tanpa ada perancangan dan pengalaman (walaupun sedikit) maka orang sekeliling tidak perasaan atau tidak mengendahkan apapun kerja yang dilaksanakan. Begitu juga dengan tugas2 Pegawai Perhubungan Awam atau dikenali secara ringkasnya PR (Public relation Officer) yang memang diperlukan zaman ini. Mereka boleh berjaya jika mempunyai kewibawaan dan mendapat sokongan moral daripada pihak2 berkenaan. Selain itu, pengalaman yang diperolehi juga merupakan aset untuk mewujudkan skill dalam perhubungan awam. Semua orang boleh buat kerja ini cuma yang membezanya kewujudana skill perhubungan awam seseorang itu.

Jabatan Penerangan mempunyai visi untuk menjadi peneraju perhubungan awam kerajaan. Ia satu target yang baik dan perlu dilaksanakan dengan teliti dan bijaksana. Sekadar atas kertas dan ucapan biasa ia cuma menjadi halwa teliga sahaja. Jadi, perancangan dan persediaan spritual dan fizikal para Pegawai Perhubungan Awam(PPA) itu perlu ada pada setiap individu. Seperti sedia maklum bukan semua PPA itu berlatarbelakang bidang komunikasi. Jadi, sudah tentu mereka bukan senang untuk memikul tugas2 perhubungan awam di sesuatu agensi itu. Apa lagi jika agensi berkenaan tidak mengetahui dan memahami bidang tugas tersebut. Setakat ini latihan dan panduan yang diberikan kurang mantap. Malahan ada kalangan PPA terus diletakkan menjadi PPA di sesebuah Kementerian/Jabatan/agensi itu tanpa persediaan yang sebaiknya. Lalu mereka berdepan dengan rasa rendah diri atau kurang keyakinan dalam melaksanakan kerja.

Memang tidak salah untuk mencari ilmu dan pengalaman sendiri tetapi biarlah berpada2. Apalah salah Jabatan Penerangan (Bahagian Media dan Komunikasi Koporat-BMKK) mengadakan kelas hujung minggu (jika tidak sempat dibuat dalam minggu sualkenal pegawai2 baru) untuk mereka di awal pembabitan dalam bidang mencabar ini. Adalah tidak wajar jabatan lepas tangan sahaja dan bila timbul masalah barulah buat tindakan.

Oleh itu, hari ini ketika perjumpaan dengan Ketua Pengarah Penerangan saya mencadangkan supaya pihak pengurusan atau pegawai kanan yang berkenaan melawat agensi2 yang baru mewujudkan unit perhubungan awam dan menyediakan SOP/senarai tugas PPA/PR. Ini bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya. Buat masa ini berlaku kekeliruan di kalangan Jabatan/agensi terhadap tugas2 perhubungan awam. Sebagai contoh, seorang PPA yang dihantar ke salah sebuah hospital , pihak pengurusan di situ tidak mengambilberat. Selain itu, mereka tidak tahu apa kepentingan akan kewujudannya. Malah tempat duduk yang sepatutnya tidak disediakan agak lama jugak. Seorang itu pulak menyatakan pihak pengurusan hospital memberitahu mereka tidak perlukan PPA. Kenapa? Sudah tentu mereka tidak tahu betapa pentingnya perhubungan awam dalam perkhidmatan hospital.

Tenatn idea yang saya cadangkan tadi agak kurang menarik perhatian pengurusan (rasa2 macam itulah). Mereka tidak salah kerana mungkin jangkauan fikiran mereka tidak mencapai apa yang saya ingin perkatakan itu. Yang datang melawat tidak semestinya KP/TKP tapi cukuplah pihak BMKK atau pegawai kanan yang berkenaan. Ini perlu adalah dalam perancangan (sebagai pendekatan baru). Selain tanda penghargaan kerana mewujudkan jawatan itu ia juga sebagai pendedahan maklumat secara berbudi bahasa. Ia juga akan memberi impak yang positif terhadap PPA yang akan bertugas.

Kini sudah tiba masa pihak jabatan membuat perancangan rapi untuk meletak profesion Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan di tahap yang dipandang tinggi serta skill perkhidmatan yang kewibawaannya mudah dimiliki semua. Untuk menjadi PPA yang baik tidak semestinya berlatarbelakang komunikasi. Yang penting ia minat memahami, menghayati, dan mencari ilmu serta kongsi pengalaman dengan mereka yang mahir tentang perhubungan awam.

salam perhubungan awam/pr

No comments:

Post a Comment