Monday, May 24, 2010

Belanda tamatkan makan daging manusia

Memang benar semakin jauh kita berjalan maka semakin bertambah pengalaman. kenangan pun kain panjang catatannya. Ketika program jalan2 ke medan amat tidak terduga ia memberi impak di luar jangka. Memang perjalanan ke Danau Toba itu mencabar. Jalan raya masih kecil dan tidak rata. Namun kereta bertali arus. Ada kereta, van, bus dan lori. Yang penting mereka mahir dengan keadaan jalan.


Aku begitu teruja dengan sapaan Danau Toba. Airnya biru dengan gelombang atau ombak kecil melambai2 sukmaku. Ia seolah2 tau aku begitu sinonim dengan ombak. Ada bahagia dan senda gurau di situ. Aduh aku tidak pernah disapa begini. Ada kelainan dengan kunjungan ini. Salah satu pengisian program di Danau Toba ialah lawatan ke Pulau Samosir. Keluasan pulau ini sama saiz dengan Singapura. Cuma bezanya Singapura telah maju dan moden berbanding dengan Samosir masih mengekalkan tradisinya dan beberapa kesan sejarah serta kesan perubahan yang ditinggalkan oleh Belanda.


Perjalanan ke Pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 45 minit menggunakan feri muatan 40 orang. Mata puas menyapa pemandangan yang indah. Ada bot-bot kecil selain beberapa feri lain membawa pelawat. Destinasi pertama kami ialah kg Ambareta. Penduduknya dari kalangan Batak Toba. Dalam perjalanan itu kami dihiburkan oleh tiga orang kanak2 dengan petikan gitar kecil mereka. Mereka menyanyikan lima buah lagu selain sebuah lagu poco2. Kami terhibur. Kanak2 sekecil mereka bekerja keras dengan kreativiti yang ada demi sebuah kehidupan.


Sebelum turun di kg Ambareta kami diingatkan supaya berjalan dengan 'mata kuda'. Berjalan terus ke depan menuju ke tempat taklimat tanpa melihat kiri dan kanan. Sepanjang jalan itu pelbagai barangan dijual. Tiba sahaja di kawasan lapang kelihatan rumah sederhana kecil kaum batak teratur dengan bumbung melentik seperti rumah minangkabau.


Kami diberi penerangan yang menarik termasuk undang2 dan hukuman di zaman lampau penduduk di kg Ambareta. Di kawasan itu terdapat sebatang pokok ari ara yang rimbun. Terdapat beberapa buah tempat duduk daripada batu. Ia adalah ruang persidangan untuk menyelesaikan masalah seperti menjatuhkan hukuman. Antara yang disentuh ialah sesiapa yang didapati merogol, mengintip, mencuri dan sebagainya akan dihukum . Pesalah itu akan dipasung selama tujuh(7) hari dan akan dituruti apapun kehendaknya kecuali berkahwin. Mereka mahu pesalah itu makan secukupnya supaya badannya berisi dan gemuk.


Menurut pemandu pelancong itu selepas pesalah itu terima hukuman maka dagingnya akan dimasak dan dimakan mereka. Itulah sebabnya mereka mesti peliharakan pesalah sebelum hukuman dijatuhkan terutama bagi kesalahan merogol dan mengintip puteri raja.


Nah! tabiat makan daging manusia di kalangan kaum batak ini berhenti semasa kedatangan Belanda ke Indonesia khasnya ke Danau Toba. Mereka dididik dengan kehidupan yang lebih sistematik dan bertamadun. Jadi, Belanda mencipta sejarah tersendiri dengan terhentikannya orang makan orang di kalangan kaum Batak di bumi Indonesia.

Salam kenangan ngeri...

2 comments:

  1. hye sis ariah,

    dasyat syana baca!! orang makan orang?? sunggoh menakutkan. Nasib baek sudah dihentikan. Kalau tidak nak kuar bilik tido pown rasa tak selamat.

    ReplyDelete
  2. Ia telah menjadi sejarah. Zaman itu mrk tidak ada pegangan agama. Fikiran pun belum terbuka...

    ReplyDelete